Sebilangan besar daripada 516 peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh di sini, enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar sebelum menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman yang dibuat mereka Ogos lepas.
Pengerusi Peniaga Kecil dan Pembekal Pasar Besar Pasir Puteh Kamarzaman Che Ngah berkata pihaknya akan berpindah ke pasar baharu berkenaan sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan tidak memihak kepada mereka.
"Sekarang kami sedang menunggu rayuan dan dalam masa yang sama, kami berharap Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dapat menangguhkan tempoh arahan berpindah bermula hari ini sehingga Ahad depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar (lama) di sini, pada Ahad.
Yang Dipertua MDPP Mohd Anis Hussein sebelum ini memberikan tempoh kepada kumpulan peniaga tersebut berpindah ke pasar baharu bermula hari ini sehingga Ahad depan.
Pada 27 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan saman oleh 258 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh.
Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati kes berkenaan belum matang kerana tiada bukti konkrit yang membolehkan plaintif menuntut ganti rugi terhadap defendan.
Kamarzaman berkata peniaga enggan berpindah ke pasar baharu kerana petak jualannya hanya berukuran 3x5 kaki persegi berbanding 6x6 kaki persegi di pasar lama.
Beliau berkata selain itu lokasi pasar baharu juga tidak strategik kerana jauh daripada kawasan tumpuan serta kadar sewa yang dikenakan juga tinggi iaitu RM200 sebulan berbanding RM1 sehari di tempat lama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017

Sebilangan besar daripada 516 peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh di sini, enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar sebelum menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Peniaga halang kerja meroboh pasar di Pasir Puteh
Kumpulan yang kebanyakannya wanita itu menghalang jentolak daripada merobohkan pasar tersebut bermula 9.30 pagi, namun kehadiran sepasukan anggota polis telah dapat mengawal keadaan.

Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan pindah, tunggu keputusan rayuan di mahkamah
Sebilangan besar daripada 516 peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar.