Dua peniaga menafikan dakwaan mereka terlibat dalam kes anggota Unit Rondaan Bermotosikal Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang meninggal dunia selepas motosikalnya dirempuh kereta penjenayah di Parit Buntar, Perak 26 Mei lepas.
Peniaga pakaian, Azhar Ramli, 40, berkata beliau berada di rumahnya di Taman Cenderawasih, Butterworth dekat sini ketika kes itu berlaku dan terkejut apabila diberitahu gambarnya tersebar meluas di laman sosial sebagai suspek yang dikehendaki polis sehari selepas kejadian.
"Adik ipar (lelaki) saya yang beritahu. Dalam Whatsapp dan Wechat pun orang ada sebar juga. Paling menyedihkan ialah apabila pengguna Facebook dan bloggers hentam, maki hamun dah ugut kami macam-macam," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Sementara itu peniaga barangan lusuh Mohd Nizam Ali Hassan, 39, berkata walaupun laporan polis telah dibuat pada 27 Mei lepas gambar mereka terus dikongsi pengguna laman sosial dan masih menerima komen negatif berunsur ugutan sehingga ke hari ini.
Beliau berkata hidupnya kini tidak tenteram dan bimbang keselamatan keluarganya terancam apabila gambar yang tersebar turut mempunyai alamat lengkap rumahnya.
Pada 28 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua peniaga berkenaan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu.
Azhar dan Mohd Nizam berkata mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan hairan bagaimana boleh dikaitkan dengan kes itu sedangkan mereka mendakwa tidak pernah memiliki kereta Toyota Wish seperti digunakan penjenayah terbabit.
Mereka berdua turut meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat penglibatan pihak polis sendiri dalam penyiaran gambar berkenaan dan mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi sedemikian boleh didedahkan sewenang-wenangnya.
Bernama
Sun Jun 01 2014
Mohd Azuan meninggal dunia sehari sebelum hari perkahwinannya. -Gambar fail
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Peniaga nafi terlibat kes kematian anggota polis
Azhar Ramli dan Mohd Nizam Ali Hassan nafi terlibat dalam kes kematian Lans Koperal Mohd Azuan walaupun gambar mereka terus tersebar di media sosial.