JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang meletakkan syarat mewajibkan pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, jika mahu membeli gula pasir kasar.
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata tindakan undang-undang, akan diambil ke atas mana-mana pihak mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal bekalan.
"Syarat itu tidak boleh diletakkan dan kalau ada, sila laporkan kepada kita kerana di bawah perintah bekalan itu, peniaga tidak boleh meletakkan syarat sedemikian dan kita akan ambil tindakan bersesuaian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu sebuah premis perniagaan di Batu Gajah, Perak, diserbu selepas didapati menjual gula pasir secara bersyarat.
Semalam, sebuah premis perniagaan di Batu Gajah diserbu selepas didapati menjual gula pasir secara bersyarat.
Armizan dalam pada itu berkata KPDN bersama beberapa kementerian seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), mencari solusi jangka panjang bagi mengatasi isu gula.
"Isu ini memerlukan solusi jangka panjang yang melibatkan beberapa kementerian dan baru-baru ini pun saya mempengerusikan beberapa mesyuarat, untuk mencari solusi jangka panjang.
"Kita juga akan pastikan pengilang yang bertanggungjawab untuk membekalkan gula rakyat bertapis putih (kasar dan halus) sebanyak 42,000 metrik tan sebulan, itu yang mereka perlu tunaikan begitu juga pemborong kita," katanya.
Dalam perkembangan lain, Armizan berkata Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Syarikat 2016, akan dibentangkan Oktober depan bagi memperkenalkan peruntukan baru untuk membantu syarikat yang mengalami masalah kewangan secara menyeluruh, bukan hanya ketika berlaku pandemik.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) itu berkata sebanyak 13 sesi libat urus telah dijalankan KPDN, dan draf pindaan tersebut telah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara.
Armizan berkata beberapa sesi libat urus peringkat akhir dalam kalangan Ahli Parlimen akan dilakukan sebelum RUU tersebut dapat dibentangkan.
Beliau berkata pindaan ini dapat mengukuhkan lagi peruntukan tadbir urus, dengan menambah baik kerangka pelaporan pemunyaan benefisial, bagi mengekang aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai dengan menyalahgunakan entiti perniagaan bagi melindungi kegiatan jenayah berkenaan.
"Pindaan bertujuan memperkukuh Mekanisme Penyelamat Korporat (CRM), membantu usahawan, yang terkesan dengan masalah kewangan.
"Selain itu, pindaan itu juga selari dengan piawaian antarabangsa, untuk mengukuhkan pelaporan hak milik bermanfaat, bagi membolehkan syarikat tempatan mematuhi amalan tadbir urus baik," katanya.
Armizan berkata perkara itu secara tidak langsung, memudahkan siasatan pihak berkuasa terhadap sebarang salah laku dalam kalangan syarikat, serta memudahkan siasatan dilakukan terhadap pihak-pihak tertentu, yang berselindung untuk melakukan jenayah menggunakan entiti perniagaan.
"Jadi ini merupakan apa yang dilakukan di peringkat antarabangsa, jadi Malaysia juga perlu untuk mengukuhkan pelaporan melalui pindaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
![Peniaga letak syarat wajib beli gula premium akan dikenakan tindakan tegas Peniaga letak syarat wajib beli gula premium akan dikenakan tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692859776_ArmizanMohdAli.jpg)
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata tindakan undang-undang, akan diambil ke atas mana-mana pihak mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal bekalan. - Gambar fail/Astro AWANI
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718807524_TBdieselbersubsidi.jpg)
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
![Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711809618_makanancolekpopula.jpg)
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
![KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709389237_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
![Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709643140_WanSukairiWanAbdu.jpg)
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
![MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708422901_TBArmizanMohdAli.jpg)
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
![Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705481142_TBARIFFINSAMSUDIN.jpg)
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
![KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613 KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692849931_TBselewengdiesel.jpg)
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
![Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703582971_SorokMinyak.jpg)
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
![Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
![Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."