KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang peniaga selepas dilaporkan mengamuk dengan menggunakan sebilah parang di hadapan sebuah rumah sehingga merosakkan sebuah kereta milik keluarga teman wanitanya di Kampung Cheras Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian 2 petang, suspek berumur 40 tahun, sebelum itu telah bertengkar dengan bekas isterinya setelah didatangi oleh wanita itu bersama ibu teman wanitanya di rumah berkenaan bagi mencari teman wanitanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas berlaku pertengkaran itu, lelaki berkenaan telah bertindak mengeluarkan parang dan bertindak memecahkan cermin besar hadapan kereta milik keluarga teman wanitanya dan mematahkan tempat pemegang pintu sebelah pemandu.
"Lelaki itu juga didakwa mengugut mahu membunuh emak dan seorang lagi ahli keluarga teman wanitanya," katanya, dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Bertindak atas laporan, polis kemudian telah ke tempat kejadian dan berjaya menahan lelaki berkenaan pada jam 3.30 petang serta merampas sebilah parang berukuran lebih 64 sentimeter yang dijadikan senjata dalam kejadian itu.
Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati, suspek positif jenis methamphetamin dan amphetamine selain turut mempunyai satu rekod jenayah berkait dadah.
"Suspek kini direman selama empat hari bermula sehingga 13 Feb depan," katanya.
Mohamad Farouk berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang mendatangkan ketakutan dan perbuatan khianat atas harta benda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Polis menahan seorang peniaga selepas dilaporkan mengamuk dengan menggunakan sebilah parang di hadapan sebuah rumah sehingga merosakkan sebuah kereta milik keluarga teman wanitanya di Kampung Cheras Baru, semalam. - Gambar hiasan
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Peniaga ditahan, dikompaun RM10,000 jual gula RM3.90 sekilogram
Seorang peniaga di Tanah Merah dikenakan kompaun RM10,000 kerana menjual gula pasir dengan harga RM3.90 sepeket untuk satu kilogram melebihi harga yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.85 semalam.
Peniaga ditahan selepas mengamuk guna parang
Dalam kejadian 2 petang, suspek berumur 40 tahun, sebelum itu telah bertengkar dengan bekas isterinya.
Gagal bayar arang RM4, pemilik kedai runcit tetak peniaga sate
Seorang pemilik kedai runcit ditahan selepas bertindak menetak kepala seorang peniaga sate di Pasir Mas, semalam.