JERANTUT: Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Majistret Nur Syafiqah Noorinda menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Aziz Saini, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Abdul Aziz didakwa dengan sengaja mendaftar kelahiran berkenaan dengan seseorang yang dibuat lebih daripada sekali semasa membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Jengka, dekat sini pada 1.10 tengah hari, 12 Sept tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1)(g) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pembantu Pegawai Pendakwaan JPN Mohd Jeffri Abd Rashid memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Datuk Dr Ng See Teong yang mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan seorang peniaga kecil-kecilan dan menyara keluarga.
MAHKAMAH-JPN 2 (AKHIR) JERANTUT
Berdasarkan fakta kes, bapa kepada tiga orang anak itu telah ke JPN tahun lepas untuk membuat pendaftaran lewat kelahiran anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun, namun semakan JPN mendapati remaja tersebut telah memiliki sijil kelahiran atas status bukan warganegara.
Sijil kelahiran itu telah didaftarkan dan dikeluarkan pada 9 Jan 2008 di JPN Jengka dan diletakkan bawah status bukan warganegara kerana Abdul Aziz ketika itu gagal mengemukakan sijil perkahwinannya bersama isterinya yang merupakan warganegara Kemboja.
Tertuduh membuat permohonan baharu sijil kelahiran anaknya tahun lepas menerusi kategori Pendaftaran Lewat Kelahiran dengan kali ini membawa sijil nikah bersama pasport isteri.
Hasil soal siasat, tertuduh mengesahkan dan mengaku menyimpan sijil kelahiran asal atas nama anaknya itu dan menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk dibuat penahanan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas. - Gambar hiasan
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan OIC dalam satu kenyataan turut mengecam tindakan provokatif Israel untuk mengilhak Tebing Barat yang diduduki, dan seruan pegawai Israel supaya memperhebatkan serangan genosid ke atas Semenanjung Gaza.
PM Jepun bertemu Prabowo, perkukuh hubungan pertahanan
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan dan ekonomi.
11 kematian, 12 ribu struktur musnah
11 kematian disahkan dari kebakaran besar yang melanda California setakat Jumaat dengan 12,000 struktur harta benda musnah. Dalam kemas kini terbaharu laporan Los Angeles Times, pihak berkuasa di negeri itu masih mengekalkan amaran merah di kebanyakan kawasan dengan lebih 150,000 penduduknya berada dalam perintah pemindahan mandatori.
Tidak tahan dibuli, wanita serang penuntut guna tukul
Polis Jepun berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam serangan tukul di Universiti Tokyo pada Jumaat, yang mana insiden itu mencederakan beberapa individu. Suspek yang baru berusia 22 tahun itu dikenal pasti mahasiswi dari Korea Selatan berjaya ditahan serta merta di lokasi kejadian.
DBKL diminta ambil tindakan tegas terhadap penganjur Karnival Havoc
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Cadangan henti guna asbestos sepenuhnya sedang diperhalusi - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Produk kraf Orang Asli Kelinsing diusahakan jadi cenderahati
Kementerian Komunikasi akan mengusahakan agar produk kraf penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing di sini dijadikan cenderahati untuk perwakilan ASEAN yang menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat sepanjang tahun ini.
Profesional undang-undang digalakkan jadi ahli ICM - Fadillah
Fadillah berkata keahlian di bawah ICM akan memupuk persahabatan, muhibah dan kerjasama dalam profesion itu.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.