Majoriti peniaga di negeri ini akur dengan keputusan larangan penjualan vape yang dimuktamadkan semalam, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di sekitar Permas dan Kilang Bateri, Tampoi mendapati rata-rata pengusaha sedang berusaha untuk menghabiskan stok mereka.
Seorang peniaga, Roy Yau, 43, berkata pihaknya sudah sedia maklum tetapi akan menjalankan perniagaan sehingga tarikh larangan.
"Kami akan tutup kedai dan hantar stok termasuk cecair dan barangan vape kepada rakan niaga kami di Kuala Lumpur," katanya.
Pemilik kedai vape di Kilang Bateri, Mohd Izwandi Suhaimi, 29, berkata pihaknya akur walaupun terkejut dengan perintah larangan.
"Apa-apa keputusan yang dibuat kami terima. Kami akan terus berniaga macam biasa sampai hujung bulan ini untuk menghabiskan stok yang ada," kata beliau.
Mengenai vape yang tidak habis dijual, beliau berkata beliau akan memikirkan cara untuk menghabiskan.
Sementara itu orang ramai turut bersetuju dengan pengharaman penjualan vape.
Bekas penghisap vape yang mahu dikenali sebagai Wan, 28, berkata tindakan larangan adalah tepat kerana vape bukan sahaja mendatangkan masalah kesihatan malah berpotensi disalahgunakan.
"Saya menghisap vape kira-kira setahun. Selepas itu saya mengalami sesak nafas dan pemeriksaan doktor mendapati ianya berpunca daripada pengambilan vape," kata beliau.
Juruteknik ini berkata vape juga boleh disalah guna kerana cecairnya boleh diubah suai dan diisi sendiri oleh pengguna misalnya dengan dadah atau ganja.
Zul pula berkata vape boleh mempengaruhi remaja dan kanak-kanak bawah umur untuk mencuba kerana senang diperoleh dan dikatakan tidak membahayakan kesihatan selain asapnya yang berbau wangi.
Namun Noor Azlan Nardi, 42, berkata beliau dapat mengurangkan menghisap rokok apabila mengambil vape.
"Saya pernah hisap rokok antara dua hingga tiga kotak sehari. Saya tidak alami sebarang masalah kesihatan selepas menghisap vape," kata pengusaha vape ini.
Bernama
Fri Dec 04 2015
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di sekitar Permas dan Kilang Bateri, Tampoi mendapati rata-rata pengusaha sedang berusaha untuk menghabiskan stok mereka. - Foto Fail
KRW miliki DNA TRW - Ultras Kelantan
Muhamad Firdaus berkata, majoriti individu yang menjadi 'tonggak' KRW merupakan kumpulan pelabur TRW.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.