Seorang peniaga maut disambar petir ketika sedang mengupas kulit buah kelubi di sebuah bangsal di luar rumahnya di Tanah Puteh, di sini, pada petang Rabu.
Mangsa, Mohamad Samsudin Muda, 52 tahun, ditemukan dalam keadaan terbaring dekat bangsal berhampiran rumah kira-kira jam 7 petang semalam.
Turut maut seekor beruk jantan peliharaannya yang diikat di bawah pokok di tepi bangsal berkenaan.
Isteri mangsa, Norazila Mohamed Nor, 38, berkata sekitar jam 7 petang semalam, suaminya ditemukan oleh anak perempuannya, Nor Syazwani, 10, dalam keadaan terbaring kaku di bawah bangsal ketika hujan lebat.
"Saya dapat tahu dalam pukul tujuh lebih, masa anak yang Tahun 4 telefon kepada Along dia yang bekerja di 7-Eleven di hadapan SMK Tengku Indera Petra 1.
"Dia kata, Along baliklah, dah puas kejutkan abah, tetapi abah tak bangun. Baliklah Along, takut ni, dia kata. Abah tak mahu bangun, abah pejam mata.
"Anak saya yang sulung pun baliklah, pergi tengok. Arwah sudah terguling atas bangsal depan rumah," katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan terbakar pada perut, dada dan rambut mangsa.
Mayat mangsa telah dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanah Puteh pada 11 pagi Khamis.
Rajab Ahad turut menasihatkan penduduk supaya tidak berada di luar rumah ketika hujan lebat bagi mengelakkan risiko disambar petir.
Muhafandi Muhamad
Thu Nov 10 2016
![Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478765809_PanahPetir.jpg)
Seorang jiran sedang menunjukkan bangkai beruk peliharaan mangsa yang mati disambar petir.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560943382_wargaemasmatigi.jpg)
Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas
Haiwan liar masih cenderung bertindak ganas meskipun telah dipelihara sejak kecil dan hidup jauh dari habitat asal mereka.
![Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478765809_PanahPetir.jpg)
Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir
Mangsa, Mohamad Samsudin Muda, 52 tahun, ditemukan dalam keadaan terbaring dekat bangsal berhampiran rumah kira-kira jam 7 petang semalam.
![Beruk jantan gigit kanak-kanak ditembak mati Beruk jantan gigit kanak-kanak ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71440203863_Beruk.jpg)
Beruk jantan gigit kanak-kanak ditembak mati
Beruk daripada spesies 'Macaca Nemestrina' itu yang berusia tiga tahun ditembak hasil bantuan penduduk kampung berkenaan.