AMPANG: Berang kerana kunci mangga bilik sewa telah ditukar kerana tidak membayar sewa bulanan sebanyak RM600, seorang pengawal keselamatan bertindak memukul seorang pengutip hutang di sebuah pejabat di Pandan Indah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun telah menerima panggilan daripada kerani yang memaklumkan bahawa suspek telah datang ke pejabat dalam keadaan mengamuk.
"Apabila mangsa sampai ke pejabat itu dan ingin berbincang secara baik, namun suspek terus memarahi pengutip hutang tersebut dan bertindak menumbuk mukanya.
"Mangsa telah mengalami kecederaan di pipi kiri dan luka di bawah mata serta jarinya bengkak, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Farouk berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek berusia 37 tahun pada jam 9.45 pagi Selasa.
"Suspek ditahan reman tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Feb 24 2022

Mohamad Farouk berkata suspek ditahan reman tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat bagi membantu siasatan. - Foto fail/BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Pengutip hutang dipukul kerana tukar mangga bilik sewa
Mangsa telah mengalami kecederaan di pipi kiri dan luka di bawah mata serta jarinya bengkak.