Pengusaha industri pelancongan di Perak perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mementingkan kebersihan kawasan sekitar bagi mengelak penularan virus seperti Rotavirus atau Zika.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong.
"Bagaimanapun, industri pelancongan di negeri ini tidak terjejas meskipun terdapat kes jangkitan Rotavirus dipercayai selepas mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort.
"Saya difahamkan, Kementerian Kesihatan dan Bukit Merah Laketown Resort telah mengambil langkah perlu dalam mengekang insiden jangkitan virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr B.Venugopalan berkata setakat semalam, tiada kes Rotavirus di Perak, sebaliknya terdapat 19 kes Gastroentritis Akut (AGE) yang direkodkan, setakat ini.
Dr Venugopalan berkata semua kes AGE ini dipercayai positif selepas mandi di taman tema itu dengan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak.
AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air, sering dikaitkan dengan paip air yang tercemar dan antara simptomnya termasuk muntah-muntah, cirit-birit, demam selain kekejangan perut.
Terdahulu, Nolee Ashilin menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu kategori kayu, seramik/polimer, fabrik, plastik/getah dan bahantara bebas dan pertandingan reka bentuk terbaik yang memenangi hadiah utama bagi setiap kategori menerima wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil penyertaan. -Bernama
Bernama
Sat Oct 01 2016
![Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475331235_DatukNoleeAshilin.jpg)
Nolee Ashilin (gambar) berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong. -Bernama
![Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735655349_lemas.jpg)
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi' Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737996063_TBjpj.jpg)
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475331235_DatukNoleeAshilin.jpg)
Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit
Antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong.