Pengusaha bot laut dalam berdepan tindakan dibatalkan lesen jika didapati masih berdegil mendaratkan hasil tangkapan di negara jiran.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata sejak larangan berkenaan dikuatkuasakan tahun lepas, jabatannya telah membatalkan lesen 400 pengusaha bot laut dalam kerana didapati melanggar syarat lesen termasuk mendaratkan hasil tangkapan di negara jiran.
"Kita akan pantau setiap pergerakan mereka di laut menerusi satelit dan monitor skrin di ibu pejabat dan jika didapati mereka keluar dari perairan negara, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan dan jika gagal menjawab dengan tepat lesen akan dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Makan Malam Mesra Perikanan Kelantan di Tok Bali di sini, malam tadi.
Lebih 500 pengusaha bot laut dalam dan nelayan pantai menyertai majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohd Zin Saat.
Ismail berkata setakat ini terdapat 1,277 pengusaha bot laut dalam di seluruh negara.
Beliau berkata lebih 30 tahun industri perikanan laut dalam beroperasi dan dalam tempoh itu sepatutnya industri itu sudah berkembang maju dengan wujudnya pelbagai industri hiliran yang menyediakan banyak pekerjaan kepada rakyat tempatan.
"Tetapi disebabkan terdapat dalam kalangan mereka yang tidak jujur dengan mendaratkan ikan di luar negara, menyebabkan industri itu sehingga sekarang masih ditahap lama dan tidak berkembang maju.
"Sepatutnya kita bukan sahaja mampu menampung bekalan ikan yang mencukupi dalam negara tetapi berupaya mengeksportnya ke luar negara," katanya.
Beliau berkata alasan yang diberikan pengusaha terbabit kononnya dalam negara tidak mempunyai kelengkapan yang diperlukan untuk mendaratkan hasil tangkapan menyebabkan mereka terpaksa mendaratkan ikan di luar negara adalah tidak benar kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.
Beliau berkata jabatannya akan mengetatkan peraturan termasuk mewajibkan setiap pengusaha bot mengisi borang keluar masuk di pelabuhan perikanan.
Bernama
Wed May 11 2016

Setiap pergerakan pengusaha bot laut dalam dipantau menerusi satelit serta monitor skrin di ibu pejabat Jabatan Perikanan dan jika didapati mereka keluar dari perairan negara, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands
Keputusan dibuat selepas syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya.

MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Batal lesen syarikat gaji pengawal keselamatan tanpa permit kerja sah - PIKM
Menurut PKIM, tindakan syarikat yang menyediakan pengawal keselamatan warga asing haram ini, akan membahayakan nyawa masyarakat.

Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.

Tikus 'jamah' ayam: MPAJ keluar notis batal lesen restoran
Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) akan dikeluarkan ke atas sebuah premis makanan terbabit insiden tikus dilihat menikmati ayam goreng di premis berkenaan.

India sekat saluran TV popular perantau India di wilayah Teluk Arab
Madhyamam Broadcasting Limited, pengendali saluran berita MediaOne merayu kepada mahkamah berhubung tindakan kementerian itu.

PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Bidang kuasa PBT ketika ini adalah termaktub berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

PBT diarah patuh arahan kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pub, kelab malam - Ismail Sabri
Kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari.

Peguam gesa pemandu mabuk dibatal lesen seumur hidup, hukuman berat
Lesen mereka yang memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian wajar ditarik balik untuk seumur hidup, saran pengamal undang-undang.