AYER KEROH:Kerajaan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha pub dan kelab malam yang berdegil menjalankan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari.
"Ambil tindakan yang keras... batalkan lesen dan sebagainya... senarai hitam mereka ini supaya walaupun PKPP sudah tamat, jangan benarkan mereka beroperasi.
"Kuasa ini adalah kuasa di negeri... kuasa sebenar terletak kepada (PBT) daerah-daerah.
"Saya harap majlis daerah, majlis perbandaran, majlis bandaraya... patuhlah kepda saranan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan... ini SOP yang telahpun ditetapkan," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) kali ke-27 di Ayer Keroh hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah memutuskan supaya tindakan lebih keras diambil termasuk membatalkan serta menyenaraihitamkan lesen perniagaan pusat hiburan yang terus berdegil.
Ujarnya, beliau sudah berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memantau dan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengarahkan PBT bertindak lebih tegas berbanding sebelum ini.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Dec 19 2020

Kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari. -Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Majlis daerah jangan tembak haiwan liar sesuka hati - Ismail Sabri
Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat 'mengikat' pihak majlis daerah dalam mengambil tindakan terhadap haiwan terbiar atau liar.

SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.

Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.

MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.

Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.

Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.

PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP
Dengan penyertaan PBT, lesen pemilik premis perniagaan yang masih degil boleh dibatalkan serta-merta.

PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
PBT akan sertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.

DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.

Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.