Persatuan pengusaha bas sama sekali tidak bersetuju untuk menghentikan perjalanan bas ekspres pada waktu malam kerana mereka berpendapat waktu malam adalah waktu yang paling selesa untuk melakukan perjalanan.
Presiden Persatuan Pengusaha Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia, (PEMBAWA), Tajuddin Yunus berkata perjalanan pada waktu malam adalah lebih selesa kerana tiada kesesakan lalu lintas dan cuaca tidak terlalu panas.
"Kebanyakan penumpang juga lebih gemar membuat perjalanan di waktu malam kerana pada kebiasaannya, mereka akan bertolak ke kampung halaman mereka pada malam Jumaat supaya mereka boleh tiba di sana pada pagi Sabtu untuk menghabiskan hujung minggu di sana.
"Tetapi jika mereka bertolak pada pagi Sabtu, mereka hanya boleh menghabiskan masa yang terhad di kampung halaman mereka dan ia tidak berbaloi.
"Selain itu, ia adalah wajib untuk syarikat-syarikat bas untuk menyediakan dua pemandu bagi satu-satu bas. Mereka ditugaskan untuk bergilir memandu bas itu setiap empat jam.
"Mereka juga boleh berhenti berehat di mana-mana kawasan rehat dan mereka lebih suka perjalanan malam kerana ia adalah lebih mudah," katanya kepada Astro AWANI.
Presiden Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Saadan Man turut bersetuju bahawa pergerakan bas ekspres pada waktu malam tidak boleh dihentikan.
"Kenapa buat cadangan macam ini? Adakah kerana kemalangan berlaku pada waktu malam? Jadi, sekiranya ia berlaku pada waktu hari, bolehkan kita menghentikan perjalanan bas pada waktu siang? sudah tentu tidak boleh," katanya.
Beliau berkata perjalanan pada waktu malam adalah lebih selesa tidak akan ada banyak kereta di jalan raya dan cuaca yang sejuk.
"Jangan fikir pemandu bas hanya akan letih dan mengantuk pada waktu malam. Sebahagian daripada mereka bekerja siang dan malam, jadi, kadang-kadang, mereka mungkin juga mengantuk pada waktu siang.
"Terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada terjadinya kemalangan termasuk muatan bas yang berlebihan dan jalan raya yang tidak elok," kata beliau.
Beliau turut berkata ramai orang memilih untuk melakukan perjalanan mereka ke kampung halaman masing-masing pada malam Jumaat supaya mereka boleh menghabiskan hujung minggu dengan orang yang tersayang.
Sementara itu, penumpang-penumpang yang sering menggunakan bas ekspres untuk perjalanan mereka, memberikan pandangan yang berbeza mengenai isu itu.
Shahira Ariff, 20, berkata dia lebih suka untuk melakukan perjalanan pada waktu pagi kerana ia adalah merbahaya, terutamanya apabila seseorang bersendirian, pada waktu malam.
"Ia adalah lebih selamat pada waktu siang kerana akan ada banyak penumpang yang menaiki bas dan anda sentiasa boleh mendapatkan bantuan daripada orang di sekeliling sekiranya sesuatu berlaku.
"Sekiranya perjalanan adalah pada waktu malam, terdapat risiko pemandu yang tidur dan ia lebih menakutkan kerana terdapat hanya sedikit orang di sekitar pada waktu malam," kata pelajar itu.
T. Tamil Selvi, 30, pula berkata ada kebaikan dan keburukan tentang cadangan membuat perjalanan pada waktu pagi atau malam.
"Sememangnya ia adalah lebih selamat untuk membuat perjalanan pada waktu siang kerana jalan dipenuhi orang dan kecenderungan untuk berlakunya aktiviti jenayah adalah kurang.
"Walau bagaimanapun, perjalanan pada waktu siang akan melambatkan perjalanan anda ke destinasi kerana kesesakan lalu lintas.
"Sekiranya perjalanan dilakukan pada waktu malam, anda akan sampai ke destinasi lebih cepat, tetapi ia lebih merbahaya dan gelap," katanya.
Zainal Abidin Jaffar, 63, berkata beliau lebih suka perjalanan di waktu malam kerana beliau boleh berehat dan tidur semasa perjalanan.
"Bukan itu sahaja, jika saya melakukan perjalanan pada waktu malam, saya boleh menjalankan perniagaan saya di siang hari. Tetapi jika saya perjalanan pada siang hari, saya akan membuang masa.
"Ia juga lebih selesa untuk perjalanan pada waktu malam. Walau bagaimanapun, saya perasan banyak kali bahawa kedua-dua pemandu bas yang diletakkan di dalam bas berbual semasa perjalanan," katanya.
Dalam tempoh 17 Mac hingga 20 April, sejumlah 7 kemalangan membabitkan bas direkodkan.
5 daripada kemalangan terbabit melibatkan korban nyawa penumpang.
Pada 23 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung 27 permit bas ekspres Transnasional.
Keputusan tersebut diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan Global Positioning System (GPS) tidak berfungsi.
Ia susulan kemalangan melibatkan bas syarikat tersebut yang mengakibatkan 3 orang maut.
Ketua pegawai eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal telah berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas keatas syarikat-syarikat lain sekiranya terdapat pelanggaran syarat pelesenan.
T K Letchumy Tamboo
Thu Apr 24 2014
Gambar Hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Jenazah lima sekeluarga dikebumi satu liang lahad
Seorang lagi mangsa, Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah dalam keadaan kritikal.
Pengusaha bas tidak hentikan perjalanan malam kerana ia waktu paling selesa
Persatuan Pengusaha Bas sama sekali tidak bersetuju untuk menghentikan pergerakan bas ekspres pada waktu malam.