KUALA LUMPUR : Sekiranya larangan untuk merentas negeri terus dikuatkuasakan sehingga November 2021, firma penyelidikan, TA Securities tidak menolak kemungkinan terdapat pengusaha bas yang terpaksa menghentikan perniagaan mereka.
Berdasarkan garis masa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan kerajaan, kebenaran untuk merentas negeri dijangka hanya bermula pada Fasa 4 pelaksanaan strategi tersebut, iaitu sekitar November tahun ini.
“Walaupun terminal bas dibenarkan beroperasi, namun pengusaha bas ekspres terbeban akibat sekatan merentas negeri.
“Dalam pada itu, penyewa (di terminal bas) juga menyaksikan trafik penumpang yang lemah.
“Memandangkan situasi ini dijangka berterusan sehingga November 2021 apabila larangan merentas negeri ditamatkan semasa Fasa 4 PPN seperti mana dijangkakan kerajaan, kami percaya beberapa pengusaha bas dan penyewa akan menghentikan perniagaan mereka,” jelas penganalisis di TA Securities, Tan Kam Meng dalam satu nota kajian.
Dari segi perkembangan pemain industri perusahaan bas dan terminal, Kam Meng melihat Perak Transit Berhad masih mampu menangani impak sekatan merentas negeri dan jumlah trafik yang rendah memandangkan kumpulan juga menjana pendapatan daripada perniagaan pengiklanan dan promosi.
Menurut pendedahan pihak pengurusan Perak Transit kepada firma penyelidikan tersebut, tiada pengusaha bas, penyewa, ejen pengiklanan mahupun penganjur acara memohon rebat penyewaan semasa Fasa 1 PPN kecuali faedah sewa secara percuma yang diberikan kepada penyewa di Terminal Kampar Putra semasa tempoh pengubahsuaian.
Seiring peralihan Perak untuk memasuki Fasa 2 PPN, Kam Meng percaya Perak Transit dapat meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian bagi ruang penyewaan kumpulan di Terminal Kampar Putra.
“Menurut pihak pengurusan, sebanyak 50 peratus ruang runcit dalam terminal tersebut telah disewakan, tetapi tiada lagi penyewa yang telah memulakan perniagaan mereka di sana.
“Sementara itu, bagi Terminal Meru Raya, operasi tidak terjejas semasa Fasa 1 PPN memandangkan terminal bas ekspres dianggap sebagai perkhidmatan perlu, sama seperti kebanyakan perniagaan makanan dan minuman (FB) di dalam terminal tersebut,” tambah Kam Meng.
TA Securities kekal positif terhadap prospek Perak Transit kerana kadar hasil dividen kumpulan yang baik serta perancangan projek terminal bas bersepadu baharu di Bidor dan Tronoh akan melonjakkan pertumbuhan perolehan kumpulan pada masa hadapan.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘beli’ saham Perak Transit dengan harga sasaran (TP) pada kadar RM1.04 sesaham.
Setakat 3.16 petang, harga saham Perak Transit menokok 0.78 peratus kepada RM0.645.
Dagang News
Thu Jul 22 2021

Walaupun terminal bas dibenarkan beroperasi, namun pengusaha bas ekspres terbeban akibat sekatan merentas negeri. - Gambar hiasan

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.