PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan.
Peguam Rahmat Mohamed Hazlan, semasa dihubungi berkata pendengaran rayuan berkenaan belum ditetapkan kerana rekod rayuan masih belum siap.
Pengurusan kes rayuan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.
Pada 21 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebaskan Samirah, 47, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja berumur 19 dan 16 tahun selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Samirah dan kedua-dua remaja serta seorang wanita warga Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, telah didakwa membunuh Nazrin, 45, di rumahnya di Mutiara Damansara di antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.
Pada 23 Jun lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja daripada pertuduhan membunuh Nazrin.
Pada 30 Jun lepas pula, Samirah dan kedua-dua remaja turut memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin "dilakukan dengan sengaja."
Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman lisannya, berkata mahkamah menerima keterangan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Edwin Galan Teruki serta pegawai penyiasat kes Halim Zulkefeli yang merumuskan bahawa kebakaran itu telah dilakukan dengan sengaja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022

Pada 23 Jun lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja daripada pertuduhan membunuh Nazrin. - Gambar fail/ Shahir Omar

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Pengurusan kes rayuan pendakwaan dalam kes bunuh CEO Cradle Fund pada 12 Jan
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan CEO Cradle Fund Nazrin Hassan.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.