KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah memberi sebarang maklum balas, setelah mendapat pinjaman AS$3 bilion yang diterima melalui Surat Sokongan (LOS) yang dikeluarkan kerajaan.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata pelbagai usaha dibuat oleh pihaknya untuk mendapatkan maklumat terkini daripada 1MDB, tentang bagaimana wang AS$3 bilion itu digunakan, tetapi tidak pernah dijawab oleh pihak syarikat.
"Saya cuba berhubung dengan pihak pengurusan 1MDB dengan cara komunikasi melalui surat dan panggilan telefon. Pihak saya juga berhubung dengan wakil 1MDB ketika itu, Zahid Taib untuk mereka memberikan maklum balas dan mengemukakan laporan kepada Kementerian Kewangan, tetapi tiada balasan.
"Saya juga mengesahkan tidak pernah melihat dokumen perjanjian usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investment BVI Co, seperti dalam permohonan LOS mereka kepada kerajaan untuk mendapatkan pinjaman AS$3 bilion itu," katanya pada pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu.
Saksi pendakwaan ke-26 itu bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa tindakan 1MDB yang tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai penggunaan AS$3 bilion, menunjukkan kelemahan pihak pengurusan syarikat.
Wan Aizuddin: Setuju dengan saya, Datuk tidak boleh mengaitkan kesalahan pengurusan 1MDB kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB? (Kesemua jawatan tersebut dipegang oleh Najib ketika itu).
Siti Zauyah: Seingat saya ada satu surat daripada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB), yang menyatakan pihak pengurusan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai penggunaan wang AS$3 bilion, kerana mereka perlu merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dahulu.
Wan Aizuddin kemudian merujuk Siti Zauyah kepada pernyataan saksinya, yang menyatakan Malaysia kini terpaksa menanggung bayaran balik hutang 1MDB ekoran LOS yang dikeluarkan kerajaan dan ditandatangani oleh Najib selaku Menteri Kewangan pada 2013.
Siti Zauyah mengesahkan beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai perkara itu, tetapi membuat kenyataan berdasarkan 'hearsay' daripada pegawai yang bertanggungjawab menguruskan proses LOS itu.
Ditanya lanjut oleh peguam sekiranya saksi pernah melihat sebarang dokumen menunjukkan 1MDB gagal membuat pembayaran semula menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang itu, Siti Zauyah menjawab "saya tidak ingat..tentunya mesti ada bukti sebab itu saya nyatakan (perkataan itu) dalam pernyataan saksi saya".
Wan Aizuddin: Menariknya anda membuat kenyataan ini "LOS yang ditandatangani oleh Najib selaku Menteri Kewangan". Adakah anda mengatakan kerajaan perlu menanggung hutang kerana Najib tandatangan LOS, jadi itu salah dia?
Siti Zauyah: Tiada komen.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim datuk collin lawrence sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
![Pengurusan 1MDB tidak beri maklum balas selepas terima pinjaman AS$3 bilion - Saksi Pengurusan 1MDB tidak beri maklum balas selepas terima pinjaman AS$3 bilion - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662455424_SitiZauyah.jpg)
Siti Zauyah berkata pelbagai usaha dibuat pihaknya untuk mendapatkan maklumat terkini daripada 1MDB, tentang bagaimana wang AS$3 bilion itu digunakan, tetapi tidak pernah dijawab oleh pihak syarikat. - Gambar/ Bernama
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Perbicaraan 1MDB: Shahrol Azral tukar fikiran, kini tidak pasti Ong Gim Huat tepati kriteria Perbicaraan 1MDB: Shahrol Azral tukar fikiran, kini tidak pasti Ong Gim Huat tepati kriteria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573440376_ShahrolAzralIbrahi.jpg)
Perbicaraan 1MDB: Shahrol Azral tukar fikiran, kini tidak pasti Ong Gim Huat tepati kriteria
Shahrol Azral akui tidak tahu Ong Gim Huat merupakan kenalan rapat kepada ayah Jho Low iaitu mendiang Larry Low Meng Tak.