SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap seorang pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah hampir RM1 juta.
Perintah reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Menurut sumber, lelaki berumur 50 tahun itu disyaki meminta 'wang perlindungan' agar pemilik kilang tidak diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa atas kesalahan melibatkan pekerja kilang itu dan juga berhubung pekerja warga asing yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Dia disyaki meminta dan menerima wang berjumlah RM840,000 secara tunai dan pindahan dalam talian sejak Julai hingga September lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Menurut sumber, lelaki berumur 50 tahun itu disyaki meminta 'wang perlindungan' agar pemilik kilang tidak diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa atas kesalahan melibatkan pekerja kilang itu. - Gambar fail

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapatkan gelaran Datuk Seri direman tiga hari
Seorang pengurus syarikat direman untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM375,000 bagi mendapatkan gelaran 'Datuk Seri'.

Pengurus syarikat direman bantu siasatan kes rasuah hampir RM1 juta
Mahkamah mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap seorang pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah hampir RM1 juta.