PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana tidak mematuhi syarat lesen Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) dengan membenarkan 2,540 naskhah al-Quran dijilidkan di sebuah kilang milik bukan Islam, tahun lepas.
Majistret Nur Natasha Mohtarudin ketika menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Idora Abdul Rashid, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) turut memerintahkan wanita itu, menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
OKS membayar denda itu.
Idora, didakwa tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan LPPPQ, Kementerian Dalam Negeri (KDN), iaitu dengan membenarkan naskhah al-Quran dijilidkan oleh kilang itu, yang OKS tidak mematuhi syarat lesen.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 3 petang, 5 Sept 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 5(7) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa KDN Selangor Mohd Amin Azhar Qairil Yusoff, memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada OKS.
Bagaimanapun, OKS yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan kali pertamanya.
Berdasarkan fakta kes, pihak berkuasa telah membuat rampasan melibatkan 2,540 al-Quran kerana didapati pencetakannya tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan LPPPQ, KDN iaitu dengan membenarkan naskah Al-Quran itu dijilidkan oleh sebuah kilang milik bukan Islam.
- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Mengikut pertuduhan, Idora didakwa tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan oleh LPPPQ. - Foto Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Pengurus syarikat didenda RM6,000, tidak patuh syarat LPPPQ jilidkan 2,540 al-Quran
Pengurus syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh kerana tidak mematuhi syarat lesen Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran.