SUNGAI PETANI: Gara-gara beroperasi melebihi tempoh yang dibenarkan, sebuah restoran di Taman Matang Gedong, Taman Sejati dekat Sungai Petani, dikompaun RM10,000 pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kompaun dikeluarkan ke atas pengurus restoran terbabit dalam operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam tadi.
“Pengurus lelaki berusia 26 tahun dan menetap di Alor Setar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dikenakan tindakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membuka restoran dengan melebihi masa yang ditetapkan.
“Restoran terbabit didapati melakukan kesalahan dimana masih beroperasi pada jam 11 malam, seterusnya mengingkari masa yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Adzli, kompaun dikeluarkan mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021 dan pengurus terbabit perlu membayar kompaun berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah.
Sementara itu, sepasang kekasih dikompaun RM5,000 kerana cuba merentas negeri tanpa mengemukakan surat rentas yang dikeluarkan polis.
Kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Bertam, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah.
“Pasangan berusia 20 dan 22 tahun itu menaiki sebuah kereta Perodua Kancil cuba melintasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol Sungai Petani Selatan, kira-kira jam 11 pagi tadi (Jumaat),” katanya.
Katanya lagi, lelaki berusia 22 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan menetap di Sungai Dua, Pulau Pinang manakala wanita berusia 20 tahun itu adalah pelajar sebuah kolej dan beralamat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Adzli berkata, mereka dikompaun mengikut Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 15 2021
Kompaun dikeluarkan ke atas pengurus restoran terbabit dalam operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam tadi.- Gambar hiasan/BERNAMA
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee bakal membuka lembaran baru di negara jiran, Indonesia, selepas hampir tiga musim bersama Sabah selaku ketua jurulatih.
Dasar Kanak-Kanak Negara baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan usaha menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
[TERKINI] Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Jurang antara generasi perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak
"Generation gap" perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak untuk memastikan institusi yang kekal utuh, tegas Dr. Wan Azizah tentang hubungan keluarga. Beliau menegaskan bahawa anak-anak perlu dilindungi dari sebarang bentuk penderaan, pengabaian atau penganiayaan.
#AWANInews
#AWANInews
Anak-anak teras kekuatan saya ketika PMX dipenjara - Wan Azizah
Dr. Wan Azizah berkongsi tentang teras kekuatan beliau ketika diuji adalah anak-anak. Beliau menambah bahawa, ketika suaminya dipenjara, beliau mempersoalkan diri sendiri "apakah saya berupaya?". Namun, anak-anaklah yang memberi kekuatan untuk beliau demi masa depan mereka. Beliau menegaskan betapa pentingnya didikan dan perhatian ibubapa terhadap anak-anak.
#AWANInews
#AWANInews
"Jangan takut untuk bermimpi besar, dunia ini adalah milik anda" - Nancy
Menteri KPWKM, Nancy Shukri menyatakan kepentingan komuniti dalam menjaga keselamatan kanak-kanak dan menjadi mata dan telinga dengan segera membantu melaporkan kes yang melibatkan mereka kepada pihak berkuasa. Beliau juga menyeru sektor swasta untuk terus menyokong melalui program 'CSR' untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
#AWANInews
Pengurus restoran di Sungai Petani dikompaun RM10,000 kerana beroperasi lebih masa
Gara-gara beroperasi melebihi tempoh yang dibenarkan, sebuah restoran di Taman Matang Gedong, Taman Sejati dekat Sungai Petani, dikompaun RM10,000 pada Jumaat.