Seorang pengurus pasukan bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pada November tahun lepas.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah, Mas Azmimin Ahmad selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim, pagi ini.
Pengurus pasukan berusia 38 tahun itu ditahan pada 3.25 petang semalam di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi rasuah kepada pemain pasukan lawan sebagai balasan memastikan kemenangan pasukannya dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 November lepas.
BACA: Jurulatih bola sepak direman bantu siasatan kes rasuah
Lelaki berkenaan hadir di mahkamah di sini pada 9.40 pagi menaiki kenderaan SPRM dan memakai baju lokap SPRM. Turut hadir peguam mewakilinya, Raftfizi Zainal Abidin.
Semalam, seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
PENGURUS pasukan berusia 38 tahun itu ditahan semalam kerana disyaki memberi rasuah kepada pemain pasukan lawan sebagai balasan memastikan kemenangan pasukannya. - Foto SPRM
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Pengurus pasukan bola sepak direman bantu siasatan kes rasuah
Seorang pengurus pasukan bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Kerajaan komited bantu program pembangunan bola sepak di Malaysia - Najib
Program seperti Liga Bola Sepak Rakyat yang diilhamkan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, adalah antara platfom terbaik program pembangunan yang diketengahkan.