KUCHING: Pengurangan pengeluaran minyak masak yang dibungkus semula oleh beberapa syarikat dipilih menyebabkan bekalan minyak masak satu kilogram bersubsidi berkurangan di pasaran.
Demikian dakwaan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen yang menambah syarikat-syarikat berkenaan telah menerima sudsidi kerajaan bagi tujuan tersebut.
Kerajaan katanya telah memperuntukkan RM400 juta bagi Program Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini yang bertujuan untuk membolehkan golongan kurang berkemampuan dapat membeli minyak masak bersubdisi pada harga RM2.50 sekilogram.
Malah kata Ahli Parlimen Stampin itu, di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, RM720 juta diperuntukkan bagi tahun 2018 dan RM600 juta pada 2019 bagi tujuan sama.
“Setiap tahun, kerajaan menyediakan peruntukan bagi mengekalkan harga minyak masak bersubsidi RM2.50 (bagi setiap 1kg). Peruntukan untuk tahun ini RM400 juta dan RM400 juta untuk tahun 2020.
“Ketika PH (Pakatan Harapan) menjadi kerajaan, RM720 juta diperuntukkan bagi tahun 2018 dan RM600 juta pada 2019.
“Ketika itu, kita memastikan semua jumlah untuk pembungkusan minyak masak bersubsidi tetapi kebelakangan ini, saya dapati kekurangan sangat ketara bekalan minyak masak ini di pasaran,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook pada Ahad.
Beliau turut mendakwa terdapat segelintir syarikat yang membungkus minyak masak tersebut melakukan tuntutan subsidi berlebihan atau mengurangkan pengeluaran.
Mengulas lanjut dakwaan itu, kata ADUN Kota Sentosa juga berkata pembungkusan semula sepatutnya mengeluarkan 1,500 paket minyak masak sekilogram tetapi mereka hanya mengeluarkan 1,000 paket tetapi masih menuntut jumlah subsidi untuk 1,500kg.
“Semasa kerajaan PH, sangat jarang minyak masak 1kg tidak ada di pasaran namun selepas PH tidak lagi menjadi kerajaan, hampir setiap masa sukar untuk mendapatkannya,” jelas Chong yang turut percaya berlakunya sistem yang tidak telus dalam pengurusan perkara itu.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut meminta kementerian melaksanakan penguatkuasaan ketat terhadap perkara itu bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi stabil.
Ia termasuk mengemaskini rekod pembekalan kepada peruncit agar pemeriksaan lanjut dapat dijalankan oleh pihak KPDNHEP.
Shafik Ahmad
Mon Apr 12 2021
ADUN Kota Sentosa juga berkata pembungkusan semula sepatutnya mengeluarkan 1,500 paket minyak masak sekilogram tetapi mereka hanya mengeluarkan 1,000 paket tetapi masih menuntut jumlah subsidi untuk 1,500kg. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
946 kes barangan kawalan direkodkan sejak 2018
Sebanyak 946 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 direkodkan bagi tempoh lima tahun iaitu sejak 2018 hingga Julai tahun ini, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM78.11 juta.
Pengurangan pengeluaran, punca minyak masak dibungkus semula kurang - DAP Sarawak
Pengurangan pengeluaran minyak masak yang dibungkus semula oleh beberapa syarikat dipilih menyebabkan bekalan minyak masak satu kilogram bersubsidi berkurangan di pasaran.