BUKIT MERTAJAM: Orang ramai yang berhasrat menghadiri sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Pulau Pinang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang esok boleh meletakkan kenderaan mereka di kawasan Politeknik Seberang Perai (PSP).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata pihak penganjur menyediakan lima bas Rapid Penang ulang-alik kepada pengunjung yang meletakkan kenderaan di PSP, tidak jauh dari UiTM Pulau Pinang, bagi memudahkan mereka ke majlis rumah terbuka itu.
Katanya 2,000 tempat parkir disediakan di PSP khusus untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di situ bagi mengelakkan kesesakan, atau masalah meletak kereta dalam kawasan UiTM Pulau Pinang.
"Selain di PSP, pihak penganjur turut menyediakan beberapa kawasan parkir dalam UiTM Pulau Pinang bagi memudahkan pengunjung yang ingin ke program itu, namun orang ramai perlu datang awal kerana tempat adalah terhad iaitu kira-kira 1,800 unit (petak parkir) sahaja.
"Di dalam kawasan UiTM itu, pihak penganjur turut menyediakan tujuh van ulang-alik untuk membawa orang ramai dari kawasan parkir ke lokasi sambutan rumah terbuka itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tan berkata pihak polis menjangkakan 15,000 hingga 18,000 pengunjung akan membanjiri program sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani itu yang bermula 11 pagi hingga 2 petang, namun menurutnya majlis akan tetap diteruskan sehingga semua makanan yang disediakan habis.
Katanya polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mahu berkunjung ke program itu supaya merancang perjalanan mereka bagi mengelak berlaku kesesakan teruk dan mematuhi arahan polis yang menjaga lalu lintas di kawasan berkenaan.
"Seramai 23 pegawai dan 149 anggota polis akan ditugaskan untuk memantau lalu lintas dan keselamatan perjalanan program itu, dengan dibantu 29 anggota polis bantuan dari UiTM Pulau Pinang, 22 anggota Rela dan 22 anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi.
"Kami akan tempatkan petugas di seluruh kawasan itu dan orang ramai diminta mematuhi arahan mereka, pegunjung juga dinasihatkan agat tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan atau tempat yang tidak dibenarkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023

Sebanyak 2,000 tempat parkir disediakan di PSP khusus untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di situ bagi mengelakkan kesesakan. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.

Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar
Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi
Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdi enam negeri bukan lah bermotifkan politik.

Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran.

Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang
Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermotifkan politik.

'Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya.

Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bakal diadakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu pada 12 Mei depan.