PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akan ada pengumuman mengenai pelaburan yang besar berkaitan bidang digital di Malaysia dalam masa terdekat.
"Bukan sahaja pengumuman itu adalah satu berita baik kepada ekonomi negara, tetapi ia perlu disambut dan dijadikan sebagai satu pemangkin untuk kita mempercepatkan segala perancangan yang ada dalam rangka tindakan ekonomi digital negara," katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga kementerian, di sini hari ini.
Rafizi berkata, selain itu, kementerian akan menganjurkan hackathon kebangsaan pada bulan depan sebagai sebahagian daripada usaha kementerian itu untuk mengarus perdana inovasi melibatkan sebanyak mungkin penyertaan.
"Ini berikutan sebelum ini, inovasi dilihat sebagai satu bahagian kecil, hanya untuk orang tertentu sahaja. Sedangkan untuk ekonomi kita berkembang maju, kita perlukan satu kumpulan yang boleh menyumbang dalam produk dan perkhidmatan yang berinovasi tinggi, barulah boleh disambut dengan baik oleh segala bantuan dan sistem yang telah kita ada dalam sektor awam dan swasta," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rafizi berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam siasatan berhubung isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan siasatan.
"Pihak berkuasa yang bertanggungjawab ada kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat. Biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara, pendakwa raya dan hakim siasat dengan tangan yang bebas kerana tidak ada campur tangan," katanya ketika ditanya sama ada siasatan masih perlu diteruskan.
Pada 4 Ogos lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan telah selesai mengadakan sembilan prosiding berhubung isu LCS dengan memanggil beberapa saksi.
Hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada satu pun kapal LCS disiapkan. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
![Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676958248_MenteriEkonomiRaf.jpg)
Menurut Rafizi, pengumuman itu adalah satu berita baik kepada ekonomi negara dan perlu disambut dan dijadikan pemangkin untuk kita mempercepatkan segala perancangan yang ada dalam rangka tindakan ekonomi digital negara. - Gambar BERNAMA
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
![Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729809923_VladimirPutin.jpg)
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
![Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731412835_GobindSinghDeo.jpg)
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
![Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025 - Gobind Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025 - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728635329_tbGobindSingh.jpg)
Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025 - Gobind
Kerajaan menjangka lebih banyak kemasukan pelaburan digital ke Malaysia pada 2025, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
![Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726847688_AnwarIbrahim.jpg)
Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar
Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS).
![Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713951174_TBZAFRUL.jpg)
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
![Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676958248_MenteriEkonomiRaf.jpg)
Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi
Pengumuman itu perlu dijadikan pemangkin untuk mempercepatkan segala perancangan dalam rangka tindakan ekonomi digital negara
![MDEC sasar pelaburan digital RM49 bilion menjelang 2025 MDEC sasar pelaburan digital RM49 bilion menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673870159_TBMahadhirAziz.jpg)
MDEC sasar pelaburan digital RM49 bilion menjelang 2025
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan pelaburan digital bernilai RM49 bilion menjelang 2025 sekali gus mewujudkan 49,000 peluang pekerjaan.
![Malaysia raih pelaburan digital RM7.2 bilion pada separuh pertama 2022 - Annuar Malaysia raih pelaburan digital RM7.2 bilion pada separuh pertama 2022 - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660738636_TBANNUARMUSA.jpg)
Malaysia raih pelaburan digital RM7.2 bilion pada separuh pertama 2022 - Annuar
Pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.
![ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603444503_TSMY.jpg)
ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.