KUALA LUMPUR: Perbicaraan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima beliau daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah ditangguhkan hingga bulan depan.
Prosiding itu, yang sepatutnya memasuki hari ketiga esok, dilapangkan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari.
"Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin akan bersambung pada 1 Julai," kata Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama hari ini.
Setakat ini, tiga saksi memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Mei lepas.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek yang dikeluarkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek yang dikeluarkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bicara kes kematian bayi Qaseh Aulia 18 Oktober
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan perbicaraan kes kematian bayi berusia dua bulan, Qaseh Aulia Faizul pada 18 Oktober depan.
Polis silap, Justin Timberlake tak mabuk sewaktu memandu - Peguam
Peguam Timberlake mendakwa polis telah tersilap kerana menahan anak guamnya yang kemudian dituduh mabuk sewaktu memandu.
Perbicaraan wartawan AS Evan Gershkovich di Rusia masuk fasa akhir
Pendakwaan berpendapat bahawa tuduhan yang dibuat semasa prosiding tertutup pada 26 Jun, telah terbukti tanpa keraguan.
Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.