Ketidakhadiran pimpinan PAS pusat termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamed Sabu, Naib Presiden, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa menimbulkan tanda tanya.
Selain itu tiada kelibat wakil pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam majlis pengumuman calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) malam tadi juga menimbulkan persoalan.
Walaupun kerusi tersebut secara rasminya diberi laluan oleh PKR melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini untuk ditandingi PAS, namun ketiadaan pimpinan tertinggi PR dilihat kurang menceriakan suasana malam tadi.
Persoalan tersebut diajukan kepada Pengarah Strategik Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.
“Dia (Hadi) tidak ada... saya dimaklumkan dia baru tiba dari Jakarta mungkin tak berupaya untuk sampai malam ini tapi InsyaAllah penamaan calon dia akan hadir.
“Ya, kita mewakilkan kepada PAS Kelantan dan yang penting kita dapat perkenalkan calon kita itu. (Ini) baru permulaannya, InsyAllah serangan akan bermula pada 12 hari seterusnya,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan, pimpinan PAS pusat termasuk presidennya di jangka akan bersama calon pada hari penamaan calon, Sabtu ini.
Menurut Dr Hatta, PAS melantik bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai pengarah jentera pilihanraya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dan dibantu oleh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.
Mengulas mengenai strategi PR pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Dr Hatta memaklumkan pihaknya akan berusaha mendekatkan calon dengan penduduk setempat.
Selain itu pihaknya juga akan berusaha mendapatkan sokongan pengundi yang pernah mengundi PAS suatu ketika dulu.
Katanya hasil tinjauan dan pandangan masyarakat setempat mendapati rakyat Pengkalan Kubor lebih menerima calon dari PAS dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih sokongan pengundi.
Katanya PAS juga akan menyerapkan jentera PKR dalam satu pasukan bagi memastikan kemenangan di kerusi DUN Pengkalan Kubor.
PAS mempertaruhkan kontraktor yang juga setiausaha PAS kawasan Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57 tahun bertanding pada pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor.
Wan Rosdi yang menetap di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat dilahir dan dibesarkan di Tanah Merah, Kelantan merupakan anak kepada Bekas Ketua Muslimat PAS Kawasan Tanah Merah.
Pencalonan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan.
Sebelum ini, nama Wan Rosdi turut disebut bersama Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon PAS.
Setakat ini, PRK Dun Pengkalan Kubor bakal menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon PAS dan Barisan Nasional.
Muhafandi Muhamad
Fri Sep 12 2014
Ketiadaan pimpinan tertinggi PR dilihat 'kurang menceriakan'. Gambar fail
Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga hiasi upacara pembukaan
Bahang debaran temasya Sukan Olimpik kian terasa dengan upacara pembukaan bakal jadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.
[TERKINI] Guru tak mengaku salah laku kekerasan budak autisme
Seorang guru pusat jagaan kanak-kanak istimewa, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak lelaki autisme, berusia enam tahun, minggu lalu.
M Thinesh, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.
M Thinesh, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.
Nigeria denda Meta AS$220 juta atas amalan diskriminasi
Meta Platforms dan WhatsApp didenda sebanyak AS$220 juta kerana didakwa mengamalkan diskriminasi dan melanggar undang-undang Nigeria.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan diserah kepada TPP sebelum Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rakyat Malaysia di Bangladesh diingat terus waspada
Kerajaan akan terus memantau keadan di Bangladesgh dan mengambil tindakan sewajarnya dari masa ke masa, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024
Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai mengulas berkenaan data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Jun 2024.
Netanyahu dakwa tebusan Palestin hampir dibebaskan
Dalam satu lagi kenyataan retorik, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa perjanjian berhubung pembebasan tebusan Palestin dalam tahanan rejim Zionis semakin hampir dicapai.
Biden akan sampaikan ucapan negara usai tarik diri Pilihan Raya Presiden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan berucap kepada negara pada Rabu selepas menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
MBSA nafi tawar iklan hartanah
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan tawaran iklan berhubung beberapa iklan hartanah yang tular dan diiklankan secara dalam talian oleh pihak tidak bertanggungjawab.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.
MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN
Amirudin menghormati keputusan tiga Exco Negeri yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN masing-masing pada PRN kali ini.