Penggunaan pengiring keselamatan dan pemakaian baju kalis peluru adalah antara cadangan penambahbaikan yang akan dimasukkan dalam rangka baharu Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan membabitkan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kajian semula SOP itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat dan akan terpakai kepada semua pegawai kanan kastam termasuk di peringkat negeri.
Rangka baharu ini kita lihat dari setiap aspek dalam sudut keselamatan dan ia menyeluruh. Kita telah adakan mesyuarat dan kita akan perhalusi dalam masa terdekat ini, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan kajian SOP itu setelah pada 26 April lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.
Susulan kes itu, polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun di Petaling Jaya pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Mengenai perkembangan siasatan dalaman oleh pihaknya, Khazali berkata beberapa anggota kastam telah dipanggil untuk diambil keterangan.
"Keterangan tersebut diambil bagi membantu siasatan yang dilakukan pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.
Katanya hasil laporan siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.