SARANAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang meminta semua Ketua Polis Daerah seluruh negara mengenal pasti tokoh masyarakat di kawasan masing-masing untuk diiktiraf dan diberi penghargaan mendapat pujian dari pelbagai pihak.
Ini kerana mereka berpendapat dengan adanya penghargaan seperti ini ,hubungan antara masyarakat dan polis dapat dipereratkan lagi dan sekaligus mampu membantu polis dalam menangani masalah jenayah dan sosial di tempat mereka.
Nada yang sama turut diberikan oleh tiga tokoh yang diberi penghargaan oleh pihak polis atas usaha dan inisiatif yang dilakukan dalam memantapkan hubungan dengan pihak polis dan masyarakat di samping menangani masalah jenayah.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye yang dianugerahkan Asisten Komisioner Polis Kehormat oleh Tan Sri Ismail Omar pada satu majlis di Kuantan pada Ahad lalu merasakan bahawa pengiktirafan yang diberikannya bukanlah mewakili beliau seorang sahaja namun ianya adalah untuk setiap warga Malaysia yang berusaha dalam menangani permasalahan jenayah di tempat masing-masing.
“Penghargaan seperti ini adalah penghargaan untuk semua terutama kepada semua warga Malaysia amnya dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan ini akan membuka mata masyarakat mengenai peri-pentingnya pencegahan jenayah itu,” tegas Lee.
Beliau menambahkan signifikasi penghargaan ini sebenarnya mendekatkan lagi beliau dengan masyarakat dan juga pihak polis dalam usaha-usaha menangani permasalahan jenayahan dan sosial.
“Ini juga adalah platform terbaik dalam membantu masyarakat dalam menangi permasalahan yang sedia ada ini melalui penerangan dan program yang dianjurkan,” kata beliau.
Sementara itu, bagi Pengerusi Badan Peguam Pulau Pinang, Datuk V. Sithambaram yang dianugerahkan pangkat Asisten Komisioner Polis Kehormat dalam satu majlis di Bukit Aman pada Oktober lalu berpendapat penghargaan ini akan dapat menjadikan sebuah jambatan penghubung antara polis dan masyarakat.
“Sebagai duta polis, saya bukan sahaja mewakili polis kepada masyarakat tetapi saya juga bertindak sebagai suara masyarakat kepada pihak polis,” kata Sithambaram.
Beliau menambah, ada kalanya terdapat pemahaman negatif terhadap setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap masyarakat maka beliau harus tampil disini dalam menjelaskan dan membetulkan setiap tindakan yang dilakukan oleh polis.
“Kadang-kala masyarakat tidak begitu memahami tugasan polis dan inikah tugas saya dalam memberi penerangan kepada mereka. Di sebalik itu, sebagai seorang peguam kepada masyarakat saya juga akan menerangkan suara-suara masyarakat kepada pihak atasan polis dalam usaha mewujudkan satu suasana yang adil bagi semua,” kata beliau lagi.
Beliau yang juga peguam dan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) sering mengadakan seminar dan perbincangan bersama dengan pegawai dan anggota polis seluruh Malaysia dalam berkongsi idea dan pandangan dengan masyarakat.
Bagi penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim yang dilantik sebagai Duta Polis beberapa bulan lalu berpendapat bahawa penghargaan yang diberikan kepadanya adalah satu pengiktirafan yang tidak pernah beliau impikan.
“Bagi saya pengiktirafan yang diberi ini saya menerimanya dengan penuh ikhlas kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah sekadar sumbangan atas nama rakyat Malaysia,” kata Kamal.
Menurutnya lagi, setiap tokoh masyarakat yang akan dipilih perlu ada sikap timbang tara dalam melaksanakan sesuatu perkara.
“Sikap rasional perlu ada dalam setiap tokoh yang akan dipilih supaya ianya dapat menjadi penghubung antara masyarakat dan polis,” katannya lagi.
Aizat Sharif
Mon Dec 24 2012
PENGHARGAAN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menganugerahkan pangkat Asisten Komisioner Polis Kehormat kepada Tan Sri Lee Lam Thye
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pengiktirafan wajar sebagai penghubung dengan masyarakat
Tiga tokoh yang diberi penghargaan oleh pihak polis atas usaha dan inisiatif yang dilakukan dalam memantapkan hubungan dengan pihak polis dan masyarakat di samping menangani masalah jenayah.