KUALA LUMPUR : Pengiktirafan Kerajaaan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak lagi relevan pada masa ini, ujar Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun.
Menurutnya, perkara itu tidak lagi menjadi kepentingan kepada komuniti Cina kerana pemegang sijil yang diguna pakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) itu tidak akan memilih universiti awam untuk menyambung pengajian masing-masing.
Malah, kata beliau lagi, universiti-universiti swasta juga tidak menghalang kemasukan pemegang sijil berkenaan atau mereka boleh mengikuti pengajian peringkat tinggi di luar negara.
"Realistiknya, tidak banyak pemegang UEC yang mahu bekerja dengan sektor kerajaan. Jika mereka tidak pergi ke sektor kerajaan, jadi pengiktirafan kerajaan untuk UEC tidak penting langsung.
"Saya sendiri pemegang UEC, saya tidak pernah terfikir untuk bekerja dengan sektor kerajaan. Jadi, pengiktiran kerajaan terhadap UEC juga tidak relevan bagi saya," katanya dalam satu kenyataan audio pada Selasa.
BACA: Iktiraf UEC bukan keutamaan kerajaan - Fadhlina
BACA: PM digesa tolak tuntutan Dong Zong
Mengulas lanjut, Ei Sun berkata, 'kerja keras' DAP selama ini agar kerajaan mengiktraf UEC mungkin penting bagi sebahagian komuniti Cina sahaja.
Bagaimanapun, beliau berpandangan, kaum itu sudah bijak kerana pertimbangan politik pada ketika ini adalah progresif Kerajaan Perpaduan.
"Kerajaan Perpaduan dianggotai PKR, DAP yang mendapat sokongan sepenuhnya kaum Cina, begitu juga UMNO walaupun selama ini mereka enggan berbuat demikian.
"Mereka tidak akan menyokong pembangkang kerana adanya Pas yang berteraskan teokrasi yang mana Cina menentangnya.
"Kalau ada pilihan antara Pas dan DAP, walaupun DAP tak mampu mengangkat pengiktirafan UEC, mereka tetap memilih Kerajaan Perpaduan kerana sebelah lagi ada Pas," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di SMPC.
Pendirian itu berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sentiasa menjadi pegangan KPM.
Astro Awani
Tue Apr 04 2023
Dr Oh Ei Sun berkata, 'kerja keras' DAP selama ini agar Kerajaan mengiktraf UEC mungkin penting bagi sebahagian komuniti Cina sahaja. - Gambar Astro AWANI
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Pengiktirafan UEC oleh kerajaan tidak lagi relevan - Oh Ei Sun
Pengiktirafan kerajaaan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak lagi relevan pada masa ini.
Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Oh Ei Sun
Dua negara yang sama-sama harmoni dalam kepelbagaian masyarakatnya wajar jadi peneraju usaha keamanan di pentas antarabangsa.
Lebih banyak negara akan ikut langkah AS naikkan kadar faedah
Tindakan untuk menyeimbangkan faktor mengekang inflasi dengan menangani kelembapan ekonomi akan menjadi amat mencabar.
Anwar ada ketokohan sebagai PM - Bekas Setiausaha Politik Najib
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'ikon kebangsaan' dan memiliki ketokohan sebagai Perdana Menteri.
Pertemuan Trump-Kim: Apa maknanya kepada kita?
Sejarah tercipta hari ini apabila buat pertama kalinya, Presiden Amerika Syarikat jejak kaki ke Korea Utara.