KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat keputusan khusus mengenai permintaan beberapa pihak, agar dihapuskan faedah terakru terhadap peminjam yang terkesan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, berdasarkan perbincangan awal dengan institusi perbankan, penghapusan faedah terakru akan memberi kesan terhadap kewangan sektor terbabit, serta pemegang saham mereka.
Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Sipitang itu lagi, Kerajaan akan berusaha mencari jalan tengah terbaik, agar tidak membebankan kesemua pihak yang terlibat.
“Berkenaan dengan pengecualian faedah terakru dalam MoU (Memorandum Persefahaman) Transformasi dan Kestabilan Politik, kepada 50 peratus rakyat Malaysia terbawah, perkara ini sedang diperincikan oleh institusi perbankan, kesan terhadap kewangan mereka, dan kepentingan pemegang saham
“Satu rumusan akan diusahakan dan akan diumumkan kelak. Perlu saya sebut kerajaan sentiasa prihatin, dan akan pertimbangkan. Tetapi sebarang bentuk bantuan kerajaan harus berhemah, setara, dan mengambil kira kesan jangka panjang terhadap faktor pihak berkepentingan,” katanya lagi.
Yamani Hafez berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Salim Sharif (BN - Jempol) yang mahu mengetahui Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi moratorium, dan kesediaan Kerajaan untuk meghapuskan faedah tersebut.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor) pula, Yamani Hafez berkata, pengecualian faedah terakru mempunyai beberapa implikasi tambahan, bukan sahaja kepada institusi perbankan, tetapi juga kepada kewangan negara.
“Penilaian penarafan bank kita juga akan terjejas dan diturunkan, melihat keupayaan merka untuk jana keuntungan nanti lebih lemah.
“Ini menyebabkan kos pinjaman lebih mahal, dana tinggi ini akhirnya ditanggung peminjam di masa akan datang.
"Akibatnya juga banyak lagi, tettapi salah satu daripadanya pengecualian ini akan menyebabkan bank untuk hadapi kesukaran dalam bayar dividen kepada pelabur serta dana institusi simpanan awam seperti KWSP, KWAP, PNB, LTAT, dan Tabung Haji,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Oct 11 2021
![Penghapusan faedah terakru beri kesan kepada pertubuhan ekonomi negara - Yamani Hafez Penghapusan faedah terakru beri kesan kepada pertubuhan ekonomi negara - Yamani Hafez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632298634_YamaniHafezMusa.jpg)
Ahli Parlimen Sipitang itu berkata, Kerajaan akan berusaha mencari jalan tengah terbaik, agar tidak membebankan kesemua pihak yang terlibat. - Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739700206_AzamBaki.jpg)
SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.
![JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739499243_JSSEZ.jpg)
JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
![Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415796_HelikopterTentera.jpg)
Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.
![Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719807_SST.jpg)
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
![Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738840057_GazaPalestineHam.jpg)
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menggesa agar Mesyuarat Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang pertama disegerakan bagi merangka strategi pembangunan Gaza.
![Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
![Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738593583_singapore.jpg)
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.