KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneruskan proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech yang diterima hari ini bermula esok.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing memaklumkan vaksin yang disimpan di Pusat Simpan Vaksin (PSV) di Kuching akan dihantar ke PSV Sibu sebelum diagihkan ke pusat vaksinasi tertentu.
"Esok kita akan hantar vaksin ini ke Pusat Simpanan Vaksinasi (PSV) Sibu.
"Selain Sibu, vaksin COVID-19 ini akan disimpan di bahagian Kuching yang kemudiannya dihantar ke pusat vaksinasi di Samarahan, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit dan Mukah," katanya dalam sidang media di Pusat Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu.
Sementara itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM30 juta untuk menyokong logistik penghantaran vaksin.
Katanya, kerjasama erat antara Pejabat Residen, JPBN Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan memudahkan persediaan logistik terutama melibatkan penghantaran ke pedalaman.
“Proses ini sangat rumit dan memerlukan perancangan yang teliti, tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang mencukupi.
“Pengalaman yang ada pada JPBN Sarawak dalam menguruskan krisis akan membantu kita mendepani cabaran yang sangat besar ini,” ujarnya dalam sidang media yang sama.
Untuk makluman penghantara dos vaksin fasa pertama di Sarawak akan dilakukan secara beringkat iaitu sebanyak 31,590 dos masing-masing 4,680 dos, 24 Mac 14,040 dos dan 31 Mac 9,360 dos.
Fasa pertama akan bermula Jumaat ini sehingga 31 Mac 2021 yang akan merangkumi seramai 97,161 petugas barisan hadapan.
Sementara fasa kedua dan ketiga akan bermula 1 April 2021 dan dijangka selesai 31 Ogos 2021.
Sarawak menjangkakan pelaksanaan program imuniasi di Sarawak akan mencapai 70 peratus daripada 2.8 juta populasi di negeri itu.
Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
Wed Feb 24 2021
Uggah memberitahu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM30 juta untuk menyokong logistik penghantaran vaksin. - Foto Bernama.
Pantau Agenda Reformasi: Titah Adendum | Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Salehuddin Saidin berkongsi pandangan mengenai kebenaran diberi Mahkamah Rayuan untuk semakan kehakiman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum.
Pantau Agenda Reformasi: Lembaran baharu Malaysia-Singapura
Apa signifikannya lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025 khususnya dalam menentukan hubungan dua hala Malaysia-Singapura, selain isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama?
Impak kepada ekonomi Malaysia khususnya Johor
Bersama di talian , Pakar Ekonomi Universiti Malaya (UM) , Profesor Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Luruan monsun kuat bermula 9 Jan, hujan lebat berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan, berdasar kepada analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat dijangka masuki rantau negara bermula 9 hingga 13 Januari ini. #AWANInews
Memahami penularan virus HMPV dan risiko di Malaysia
Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli berkongsi pandangan dan analisis mengenai penularan virus hMPV serta risiko di Malaysia. #AWANInews
Mahkamah mungkin akan tentu kesahihan, kuasa mutlak YDPA
Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz juga berpandangan mahkamah mungkin akan menentukan jika Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan secara budi bicara, maka ia adalah kuasa mutlak Seri Paduka Baginda.
''Mustahil Anwar tidak tahu tentang kewujudan Titah Adendum' - Hamzah
Ketua Pembangkang,Datuk Seri Hamzah Zainudin,menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan hari terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan wujudnya tindakan pihak tertentu yang sengaja menyembunyikan Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengkhianati prinsip keterbukaan yang sepatutnya dijunjung oleh kerajaan.
Sabah tidak akan laksana hukuman sebat di khalayak ramai
Kerajaan negeri Sabah memberikan jaminan bahawa tidak akan melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai.
Disyaki terima rasuah RM50,000, penjawat awam direman lima hari
Suspek ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Penghantaran vaksin COVID-19 fasa pertama ke bahagian Kuching dan Sibu bermula esok
Kerajaan Sarawak akan meneruskan proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech yang diterima hari ini bermula esok.