Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan khianat menggunakan bahan api sehingga menyebabkan kebakaran enam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, Isnin lalu.
Budiman Shah Baharudin, 26, didakwa melakukan khianat menggunakan petrol dalam botol mineral dengan cara membalingnya ke arah kereta jenis Proton Wira milik Muhammad Nor Fikri Razali, 20, sehingga menyebabkan kebakaran lima kenderaan lain iaitu Proton Gen 2, Toyota Vios, Honda City, Suzuki Swift dan Proton Saga FLX.
Tindakan tertuduh itu juga menyebabkan kebakaran harta awam iaitu laluan berbumbung sepanjang 30 meter, papan agihan elektrik, tiang konkrit, lantai konkrit, papan iklan dan sebatang tiang lampu trafik yang keseluruhannya bernilai RM449,600.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Barat di sini antara pukul 12.50 tengah hari dan pukul 1.15 tengah hari, 21 Dis lalu.
Tertuduh yang memakai baju T berwarna krim didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang wang jaminan, namun peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri.
"Dalam kes ini tertuduh tinggal bersama penjamin (iaitu ibunya), penjamin boleh memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah, tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri.
"Selain itu tertuduh yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai penghantar surat itu hanya berpendapatan RM800 sebulan dan perlu menanggung kedua ibu bapanya," katanya sambil menambah tertuduh bersedia menerima sebarang syarat tambahan yang diperintahkan mahkamah sekiranya perlu.
Hakim Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jan untuk sebutan semula kes.
Isnin lepas, masyarakat termasuk netizen di laman sosial digemparkan dengan insiden kebakaran enam kenderaan.
Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu, lalu bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kenderaan sehingga menyebabkan lima kenderaan lain yang berdekatan turut terbakar.
Bernama
Mon Dec 28 2015
Tindakan tertuduh menyebabkan kebakaran harta awam iaitu laluan berbumbung sepanjang 30 meter, papan agihan elektrik, tiang konkrit, lantai konkrit, papan iklan dan sebatang tiang lampu trafik. -Gambar fail
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Bina Semula Acheh Dengan Ilmu & Tenaga Manusia
Bagaimana mangsa Tsunami 2004 bangkit membina semula kehidupan mereka setelah 20 tahun tragedi yang meragut lebih 200,000 mangsa angsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka? Ikuti perkongsian bersama Editor Kanan, Nazri Kahar.