Koleksi keputusan penghakiman Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengenai undang-undang perlembagaan dan beberapa kes lain terus bertahan diuji masa dan kekal sebagai legasi negara ini, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata koleksi penghakiman itu sentiasa menjunjung tinggi dan memberi penekanan terhadap keluhuran perlembagaan Malaysia serta hak rakyat negara ini di sisi perlembagaan.
"Ia juga menjadi bukti kerjaya cemerlang seorang hakim yang arif dan pentadbir undang-undang yang amat berpengalaman," katanya dalam kenyataan hari ini bagi merafakkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Azlan Shah bagi pihak Jabatan Peguam Negara dan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang.
Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari semalam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Almarhum berusia 86 tahun.
Sultan Azlan Shah meninggalkan kerjaya gemilang dalam bidang undang-undang.
Kerjaya Sultan Azlan Shah dalam bidang undang-undang dan kehakiman bermula pada 1953 apabila baginda dilantik sebagai majistret dan kemudian presiden Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan, timbalan pendakwa raya, penasihat undang-undang negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan selepas itu Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, sebelum dinaikkan pangkat ke
Mahkamah Tinggi Malaya pada 1965 ketika berusia 37 tahun.
"Kebijaksanaan, kepakaran dan dedikasi baginda dalam menegakkan keadilan melalui undang-undang mencapai kemuncaknya apabila baginda dilantik sebagai Presiden (kini dikenali sebagai Ketua Hakim Negara) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 1982 ketika berusia agak muda iaitu 54 tahun," kata Abdul Gani.
Menurut beliau, Sultan Azlan Shah terus kekal sebagai tokoh undang-undang yang amat dihormati, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh Komanwel, malah selepas baginda menaiki takhta sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984, dan ketika menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Kesembilan (1989–1994).
Abdul Gani, yang juga pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, berkata Almarhum terlibat secara aktif dalam siri Syarahan Undang-undang Sultan Azlan Shah.
Baginda juga, katanya begitu bermurah hati memberi Biasiswa dan Anugerah Sultan Azlan Shah untuk kecemerlangan pengajian dalam bidang undang-undang, termasuk kepada pelajar Sijil Amalan Guaman yang dikendalikan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (CLP).
Abdul Gani berkata Pejabat Peguam Negara bertuah dan berbangga kerana pernah mempunyai Sultan Azlan Shah sebagai seorang daripada pegawai undang-undangnya.
"Lebih membanggakan, profesionalisme, kebijaksanaan dan jenaka pintar baginda di mahkamah menghiburkan peguam serta pegawai undang-undang ketika hadir di hadapan baginda yang menjadi Peguam Negara ketika itu," katanya.
Bernama
Thu May 29 2014
MANGKAT: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu.
Enam maut ketika bot bawa pelarian Rohingya mendarat di Aceh
Enam maut selepas hampir 100 etnik Rohingya yang menaiki bot tiba di Aceh, Indonesia.
Ekonomi Israel 'berdaya tahan' di sebalik perang
Disebalik peperangan dan konflik yang memuncak di rantau Asia Barat.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan bahawa ekonomi negaranya kekal berdaya tahan dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang 'mengejutkan'.
Beliau berkata demikian menjelang pembentangan belanjawan kerajaan Israel 2025.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan bahawa ekonomi negaranya kekal berdaya tahan dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang 'mengejutkan'.
Beliau berkata demikian menjelang pembentangan belanjawan kerajaan Israel 2025.
Ramai kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 109 rakyat Palestin terbunuh yang mana kebanyakannya terdiri dari kalangan kanak-kanak dalam serangan terbaharu Israel di Beit Lahia. Serangan di utara Gaza itu yang berlaku pada Selasa turut mengakibatkan berpuluh yang lain cedera.
[TERKINI] Larangan operasi UNRWA: Liga Arab adakan mesyuarat tergempar
Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar di sini pada Khamis untuk membincangkan larangan Israel terhadap aktiviti Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di wilayah Palestin yang diduduki.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Oktober 2024.
35 bas disaman kerana tiada pemandu kedua
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan saman ke atas 35 pemandu bas ekspres dan persiaran dalam Operasi Khas yang dijalankan di Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua.
AWANI 7:45 [31/10/2024] – Kartel baja RM1.8 bilion | Kibar bendera asing di Johor | Limpahan cahaya | Bermula November 2024
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- SPRM tahan dalang utama kartel baja
- Lagi kibar bendera asing, polis selesai rakam percakapan tiga individu
- Deepavali jadi bukti, keunikan rakyat Malaysia, jadi contoh negara dunia
- Rundingan selesai, sah Petros kendali jual beli gas di Sarawak
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- SPRM tahan dalang utama kartel baja
- Lagi kibar bendera asing, polis selesai rakam percakapan tiga individu
- Deepavali jadi bukti, keunikan rakyat Malaysia, jadi contoh negara dunia
- Rundingan selesai, sah Petros kendali jual beli gas di Sarawak
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Tonight: 30th Oct 2024
#AWANITonight 31 Oct 2024 with Farhana Sheikh
- Celebrate the true meaning of Deepavali - PM
- FashionValet: Fahmi urges Khazanah, PNB to explain RM47 mil loss
#AWANIEnglish #AWANINews
- Celebrate the true meaning of Deepavali - PM
- FashionValet: Fahmi urges Khazanah, PNB to explain RM47 mil loss
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Ringkas: Seorang maut, 73 cedera di Taiwan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.