KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam komuniti agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.
"Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegrad dalam persekitaran yang terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis membina rangkaian di sini pada Khamis.
Majlis itu anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023.
Beliau berkata, SIRIM juga telah mengeluarkan Label Eko bagi memastikan produk dalam pasaran adalah palsu dan mengelirukan pengguna.
"Pada masa sama, kami menggalakkan seramai mungkin pemain industri beralih kepada penggunaan plastik terbiodegradasi," katanya.
Label Eko SIRIM adalah Program Pelabelan Eko Kebangsaan Malaysia yang memberikan kelebihan daya saing berbanding produk serupa dalam pasaran yang mengutamakan alam sekitar.
Nik Nazmi berkata, walaupun kos plastik konvensional adalah 10 peratus lebih rendah berbanding plastik terbiodegradasi, peningkatan dalam penggunaan plastik terbiodegradasi adalah positif.
Ditanya sama ada lebih banyak inisiatif akan diumum dalam Belanjawan 2024, beliau berkata, dasar semasa adalah mencukupi dan tiada perkara baharu yang dijangka diumum dalam masa terdekat.
"Saya rasa jika kita mengikuti pelan hala tuju serta Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030, kita akan dapat mencapai banyak perkara.
"Antara usaha yang dijalankan ialah menjalin kerjasama dengan The Ocean Cleanup untuk melaksanakan teknologi pemintas yang akan membantu meningkatkan kutipan untuk kitar semula dan mengelak daripada sisa plastik bocor ke lautan," katanya.
Nik Nazmi juga berkata, dari segi melibatkan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri dalam inisiatif hijaunya, terdapat keperluan untuk memiliki piawaian minimum supaya ia boleh menggalakkan mereka bersaing antara satu sama lain dan mengetengahkan perkembangan mereka dalam mengatasi cabaran.
"Kita perlu mendorong pihak berkuasa tempatan untuk bergerak seiring kerana sesetengahnya bergerak begitu pantas manakala yang lain ketinggalan.
"Kita perlu bekerjasama dan melibatkan diri dengan semua pihak berkepentingan secara kreatif serta melihat alternatif lain yang boleh diketengah jika kita tidak dapat menghapuskan penggunaan plastik sepenuhnya," katanya. - Bernama
Bernama
Thu Oct 05 2023
Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan, kata Nik Nazmi Nik Ahmad. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
NRES dalam proses rundingan usahakan dasar kebangsaan berkaitan plastik
NRES sedang dalam proses rundingan bagi mewujudkan satu dasar kebangsaan berhubung pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) 2022.
Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).
Penggunaan plastik sekali guna akan dihapus secara berperingkat - Nik Nazmi
Kerajaan akan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.