SEPANG: Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang berkuat kuasa hari ini.
Mengumumkan perkara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata perluasan kemudahan yang sebelum ini terhad kepada warga Malaysia itu dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di KLIA.
Beliau berkata pemegang pas lawatan jangka panjang yang dibenarkan menggunakan kemudahan pagar automatik itu merangkumi mereka yang bekerja dan belajar di Malaysia, ekspatriat dan peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
"Perluasan ini dibuat dengan tujuan memudahkan urusan kemasukan warga asing dan mempercepat urusan pemeriksaan untuk kategori lain," katanya selepas melancarkan kemudahan pagar automatik itu untuk warga asing di sini hari ini.
Khairul Dzaimee berkata kemudahan berkenaan boleh digunakan warga asing yang mempunyai pasport mengandungi cip dan mematuhi standard penetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Beliau berkata perluasan kemudahan yang dijangka memanfaatkan lebih 1.8 juta warga asing itu telah dilaksanakan secara rintis mulai 16 Sept lepas dan ia juga telah digunakan oleh 1,910 pemegang pas jangka panjang yang memasuki Malaysia.
Ditanya sama ada perluasan sistem itu akan merisikokan negara, beliau berkata tahap keselamatan kemudahan pagar automatik di KLIA adalah tinggi.
"Pagar automatik itu tidak akan dibuka jika mereka yang cuba menggunakannya adalah daripada kategori yang disenarai hitam. Pegawai Imigresen juga akan ditempatkan di sekitar pagar automatik itu untuk membantu warga asing menggunakannya," katanya.
Khairul Dzaimee berkata pihaknya juga sedang mengkaji perluasan kemudahan pagar automatik itu kepada warga Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di Johor.
Sementara itu, beliau memaklumkan sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lepas, jumlah ketibaan warga asing di semua pintu masuk negara adalah seramai 10,400,045 orang.
Daripada jumlah itu, seramai 50,769 warga asing telah ditolak kemasukan ke dalam negara atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Ada warga asing yang telah dihantar menggunakan Program Rekalibrasi Pulang cuba masuk semula ke Malaysia dengan menggunakan alasan untuk melancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022
Perluasan kemudahan yang sebelum ini terhad kepada warga Malaysia itu dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di KLIA. - Gambar/ Bernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.