MELAKA: Penggunaan ganja atau kanabis untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau berkata sebagai pengamal perubatan, beliau mengalu-alukan apa juga jenis ubat yang mampu memberi kesembuhan kepada pesakit, sama ada ubat sedia ada atau ubat baru ditemukan, termasuk penggunaan ganja.
Menurutnya satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) bagi melihat sekiranya ganja mampu merawat penyakit seperti sklerosis berbilang, muntah akibat rawatan kemoterapi, tekanan pascatrauma, kanser, epilepsi dan masalah usus; selain penyakit cachexia, glaukoma, HIV/AIDS, penyakit saraf, sindrom tourrete, parkinson, demensia, ketagihan, kecederaan otak trauma, skizofrenia serta masalah mental lain.
Katanya berdasarkan kajian itu, hanya kesakitan kronik dan sklerosis berbilang sahaja yang menunjukkan bahawa ganja mampu memberikan rawatan kepada pesakitnya, manakala lain-lain penyakit tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan ia berkesan bagi merawat penyakit.
"Maka, seharusnya satu kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan ganja ini selamat dan berkesan digunakan untuk tujuan perubatan ataupun sebaliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Dr Muhamad Akmal berkata, berdasarkan satu kajian, hanya kesakitan kronik dan sklerosis berbilang sahaja yang menunjukkan bahawa ganja mampu memberikan rawatan kepada pesakitnya. - Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Kajian ganja untuk perubatan masih tidak dipertimbangkan - PM Anwar
Hasil kajian terutamanya daripada Kementerian Kesihatan akan dipertimbang sebelum sebarang ketetapan dilakukan.
Penggunaan ganja dalam perubatan perlu disertakan bukti - Dr Muhamad Akmal
Penggunaan ganja atau kanabis untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis.
Selangor dicadang tanam ganja untuk perubatan - ADUN Jeram
Kerajaan Selangor dicadang mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri itu.
Ahmad Zahid tidak setuju cadangan perhalusi dasar pengharaman ganja
Langkah beberapa negara Eropah yang membenarkan penggunaan ganja juga tidak berupaya atasi masalah penyalahgunaan atau penagihan.
Belum masa sesuai untuk benarkan penggunaan ganja - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membenarkan penggunaannya disebabkan penyalahgunaan tumbuhan tersebut masih berleluasa.