PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan perlu diperbetulkan kerana pengguna bahan itu berisiko mengalami kecederaan paru-paru atau E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, EVALI mula didiagnosa pada 2019 di Amerika Syarikat dengan 2,800 kes kecederaan paru-paru dan 68 kematian disahkan melibatkan pengunaan rokok elektronik dan vape.
Bagi kes EVALI di Malaysia pula, beliau memaklumkan, dua kes dilaporkan pada 2019, lapan pada 2021 manakala empat kes direkodkan dalam tempoh Jun hingga September lepas.
"EVALI adalah benda serius dan jangan ada org pertikai EVALI ini... ada sesetengah pihak contohnya pihak industri kata tidak wujud EVALI.
"Kita tahu ada bukti saintifik yang vape ini bukan perkara yang datang tanpa mudarat. Kita juga tidak tahu apa yang ada dalam cecair vape itu," katanya ketika berucap melancarkan Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI di sini hari ini.
Khairy berkata, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019, terdapat kira-kira 1.1 juta pengguna rokok elektronik atau vape di Malaysia.
Katanya, terdapat dua kriteria utama yang perlu ada bagi diagnosa EVALI iaitu sejarah pendedahan kepada rokok elektronik atau vape dan terdapat perubahan radiologi pada x-ray atau CT-Scan paru-paru.
"Pengesanan dan rawatan awal boleh diberikan kepada pesakit yang disahkan menghidap EVALI supaya komplikasi jangka panjang dapat dikurangkan dan seterusnya mengurangkan kos rawatan. Anggaran kos bagi merawat seorang pesakit EVALI yang dimasukkan ke hospital selama empat hari adalah sebanyak RM50,297.37," katanya.
Khairy berkata, penggunaan rokok elektronik atau vape juga boleh menyebabkan gejala selain gejala pernafasan seperti kebas anggota badan, berdebar-debar dan halusinasi.
"Keadaan ini sangat berisiko dan dapat meningkatkan kadar morbiditi dan kematian," katanya menambah, Kementerian Kesihatan (KKM) kini memantau kes-kes gejala pernafasan berkaitan penggunaan rokok elektronik.
Mengenai Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI KKM, beliau berkata, antara perkara yang dinyatakan di dalam panduan amalan klinikal itu termasuklah kriteria diagnosis, isu berkaitan analisis makmal, rawatan yang dapat diberikan serta panduan nasihat dan rujukan pesakit.
"Beberapa bahan lain turut dibekalkan seperti rujukan cepat saiz poket 8 muka surat, modul latihan dan panduan dalam memberikan latihan serta ceramah melalui berbagai platform media," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Dakwaan rokok elektronik atau vape tidak mudarat perlu diperbetulkan kerana pengguna berisiko alami kecederaan paru-paru atau EVALI. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JKNJ merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk produk vape berbentuk permainan serta makanan.

Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.