KUALA BERANG: Pengguna boleh mendapatkan bekalan minyak masak dalam bungkusan polibeg yang dijual lebih murah, sekiranya mendapati terdapat kenaikan harga minyak masak dalam botol di pasaran.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, minyak masak dalam bungkusan polibeg 1 kilogram (kg) yang telah disubsidikan oleh kerajaan di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) itu, boleh didapati di semua premis jualan termasuk di pasar raya dan kedai runcit.
"Kementerian menyediakan kuota sebanyak 60,000 metrik tan sebulan atau 720,000 metrik tan setahun, untuk minyak masak dalam peket satu kg yang bersubsidi ini. Harganya tidak akan dijual lebih RM2.50 sekilo.
"Dan kita telah mengkaji purata penggunaan minyak masak polibeg untuk rakyat Malaysia ialah sebanyak 1.8 kg sebulan bagi semua isi rumah, jadi jumlah minyak masak subsidi ini memang cukup," katanya selepas mengiringi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, melawat Perkampungan Orang Asli Sungai Berua di sini hari ini.
Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga minyak masak dalam botol lima kg di pasaran ketika ini.
Dalam pada itu, beliau menasihati pengguna supaya sentiasa merujuk aplikasi 'Price Catcher' yang telah disediakan oleh pihak KPDNHEP, untuk membuat perbandingan harga mengikut lokasi pilihan bagi mendapatkan barangan pada harga berpatutan.
Beliau turut meminta pengguna mahupun pemimpin masyarakat setempat, supaya melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya penduduk di satu-satu kawasan tidak mempunyai alternatif, untuk mendapatkan bekalan minyak masak yang lebih murah.
Dalam pada itu Rosol berkata kenaikan harga minyak masak turut dipengaruhi oleh harga buah tandan sawit di ladang, yang kini dilaporkan naik sehingga RM1,000 satu tan, berbanding RM300 satu tan sebelum ini.
"Jadi pengguna boleh beli minyak dalam peket yang lebih murah. Lainlah kalau ada kawasan tidak mempunyai pilihan minyak masak murah dan pengguna terpaksa beli yang mahal. Jadi perkara itu perlu lapor kepada kita," katanya.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini dilaporkan berkata, harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah, memandangkan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.
Katanya purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan, menyebabkan kenaikan harga minyak sawit bertapis lebih tinggi kepada sekitar RM5,000 satu tan dan ini menyebabkan harga minyak masak di kilang berada pada kadar RM4.50 hingga RM5 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
![Pengguna ada pilihan beli minyak masak lebih murah - Rosol Pengguna ada pilihan beli minyak masak lebih murah - Rosol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623122018_Minyakmasak.jpg)
Pengguna boleh mendapatkan bekalan minyak masak dalam bungkusan polibeg yang dijual lebih murah, sekiranya mendapati terdapat kenaikan harga minyak masak dalam botol di pasaran. - Gambar hiasan
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711529981_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
![SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709021401_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
![KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703663304_TBKPDNjpg.jpg)
KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh
Dua buah restoran berkonsepkan Asia Selatan di Jalan Ipoh, diserbu dalam operasi membanteras penggunaan barang kawalan tanpa lesen oleh KPDN.
![Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701165294_TBDATUKARMIZANMO.jpg)
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
![KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700291984_TBFuziahSalleh.jpg)
KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai
KPDN sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
![Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699704463_AyamRahmahKualaL.jpg)
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
![Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699349806_GorengPisang.jpg)
Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB
Permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.
![Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698921050_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, Jun tahun lepas.
![Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698908571_FuziahSallehParli.jpg)
Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah
eCOSS yang kini sedang dinaik taraf oleh KPDN dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.