Sejak kerajaan Kelantan membenarkan kedai dan restoran menjual colek yang menjadi juadah tradisi sepanjang malam Ramadan di Kelantan, beberapa peniaga mula menjualnya.
Kebenaran operasi kedai makan untuk menjual colek dan masakan yang di berikan pada dua hari lalu amat melegakan peniaga kedai makan.
Bagaimanapun, tempoh berniaga yang diberikan sehingga pukul 10 malam dianggap singkat dan tidak memadai.
Menurut seorang peniaga colek di Medan Selera Stadium, Iman Aznik Asri Ismail, dia kembali menjual colek pada Khamis lalu.
"Alhamdulillah, cukuplah, tapi kalau boleh bagi panjang lagi (waktu operasi), kalau lagi panjang lagai ramai yang datang cari colek, colek campur ayam, popia semua ada," kata Iman Aznik.
Menurut Iman Aznik, sepanjang dua malam berniaga, kehadiran pelanggan amat menggalakkan dan dia memperoleh hasil jualan antara RM200 - RM250 semalam.
Namun begitu, hasil jualan yang diperoleh jauh lebih rendah berbanding bulan Ramadan tahun lalu.
Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mengusahakan jualan masakan panas selama 24 jam.
Sementara itu, bagi penggemar colek, peluang untuk menikmati colek di akhir bulan Ramadan tidak dilepaskan.
"Sebaik keluar berita peniaga boleh menjual colek sehingga pukul 10 malam, saya keluar untuk makan colek," kata Aimuni Abdullah, seorang penggemar colek.
Pada Rabu, kerajaan negeri Kelantan membenarkan operasi kedai menjual makanan termasuk colek sehingga pukul 10 malam secara "take away" atau bawa pulang.
Pengusaha-pengusaha kedai makan tidak dibenarkan menerima pelanggan untuk duduk menikmati hidangan di premis mereka.
Muhafandi Muhamad
Sat May 16 2020
Kebenaran operasi kedai makan untuk menjual colek dan masakan yang di berikan pada dua hari lalu amat melegakan peniaga kedai makan di Kelantan. - Gambar Astro AWANI
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
Tradisi makan colek selepas tarawih kembali meriah
Di Kelantan, aktiviti makan colek popular khususnya selepas menunaikan solat tarawih.
Isu kompaun: Perlu ada budi bicara, perikemanusiaan dalam mengambil tindakan - PM
Perdana Menteri meminta agar pihak berkuasa mengamalkan budi bicara dan perikemanusiaan dalam mengambil sebarang tindakan.
Penggemar makanan tradisi Kelantan boleh kembali nikmati colek
Kebenaran operasi kedai makan untuk menjual colek dan masakan yang diberikan dua hari lalu melegakan peniaga kedai makan.