KUALA LUMPUR: Plastik pembungkus roti, mi segera dan makanan ringan yang lazimnya dibuang ke tong sampah, dijadikan barangan seperti beg tangan dan payung, hasil kreativiti seorang pemuda menerusi kaedah kitar tinggi atau upcycle.
Kitar tinggi ialah proses mengubah suai bahan buangan kepada produk yang boleh digunakan semula.
Ahmad Afiq Ahmad Kamal, 24, hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan.
Menurut eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat korporat itu, dia tidak malu menggayakan produk berkenaan ketika keluar beriadah atau bersiar-siar meskipun ia dibuat daripada bahan buangan.
"Fesyen itu subjektif dan saya punya cita rasa fesyen lebih kepada gaya jalanan, rebel dan tidak ortodoks. Saya melihat upcycling antara cara mengekspresikan gaya fesyen saya," katanya kepada Bernama.
Ahmad Afiq berkata minat mendalam terhadap fesyen unik dan tersendiri mendorongnya menghasilkan pelitup muka daripada fabrik seluar terpakai pada Disember 2020 dengan jahitan tangan.
Kemudian dia kerap menghasilkan pelbagai jenis dan rekaan beg menerusi kitar tinggi daripada seluar lama atau sudah tidak dipakai, sebelum bereksperimen menggunakan plastik pembungkus dan fail plastik.
Mengakui menyelamatkan bumi bukanlah misi utamanya ketika berjinak-jinak dengan hobi itu, pemuda lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Delaware, Amerika Syarikat itu berharap usahanya dapat menyumbang ke arah budaya fesyen lestari, sekali gus mengurangkan lambakan sisa tekstil.
"Hobi saya ini bukan sahaja menzahirkan kreativiti tetapi secara tidak langsung memberi kehidupan kedua dan menambah nilai sesuatu barangan daripada hanya berakhir ke tapak pelupusan sampah," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Afiq berkata setakat ini, dia tidak berhasrat menjual atau mengambil tempahan meskipun ada yang berminat dengan produk dihasilkan yang dikongsikannya menerusi platform TikTok menggunakan akaun @ovolokaw.
Ahmad Afiq yang menarik lebih 12,000 pengikut di media sosial itu juga berharap kandungan dibuatnya memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan kitar tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022

Ahmad Afiq berkata setakat ini, dia tidak berhasrat menjual atau mengambil tempahan meskipun ada yang berminat dengan produk dihasilkan yang dikongsikannya menerusi platform TikTok. - Foto Twitter Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Penggemar fesyen tukar sampah jadi payung, beg tangan
Ahmad Afiq hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan.