Penggantian bas sekolah yang sudah berusia kepada bas baharu dilihat akan mengambil masa kerana pengusaha bas sekolah kebanyakannya bukan terdiri daripada golongan mampu yang mudah untuk menukar bas mereka.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata oleh itu kerajaan memberi kelonggaran untuk bas sekolah diganti selepas 25 tahun bagi meringankan beban kewangan pengusahanya.
"Pengusahanya ada yang terdiri daripada ibu tunggal dan individu yang mencari makan sahaja. Atas sebab itu kerajaan memudahkan permohonan mereka untuk mendapatkan lesen bas sekolah," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan 27 buah bas oleh Pengarah Urusan MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MTBM), Hartmut Mueller di sini hari ini.
Bas model A80 itu adalah untuk kegunaan MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) yang diberi kontrak mengendalikan perkhidmatan myBAS di Perlis.
Dalam ucapannya, Syed Hamid berkata kerajaan membelanjakan RM180 juta untuk menyediakan perkhidmatan myBAS di lima buah negeri sejak dilancarkan pada tahun 2015 walaupun pulangan yang diterima balik cuma 30 peratus.
"Tujuan myBAS ialah memberi kemudahan kepada rakyat di samping menghubungkan kawasan luar bandar dan bandar selain memenuhi tanggungjawab sosial ekonomi untuk masyarakat," katanya.
Beliau berkata 30 buah bas yang beroperasi di Perlis adalah meliputi jarak 373 kilometer melalui jalan-jalan utama dengan kekerapan sehingga 30 minit yang ia dijangka akan meningkatkan jumlah penumpang sehingga 30,000 orang sebulan pada tahun ini.
"Kita berharap bas-bas baharu ini yang juga mesra orang kelainan upaya (OKU) dan dilengkapi tali pinggang keselamatan dapat menarik orang ramai untuk lebih kerap menggunakan perkhidmatan awam khususnya myBAS," tambahnya.
Pada majlis sama Ketua Pegawai Operasi MLSB, Zahrail Affenday Mohamed dan Penolong Timbalan Presiden (Komersial) MLSB, Saiful Adli Jamal, Mueller serta Pengurus Besar Selepas Jualan MTBM, Thayalan Subramaniam menandatangani kerjasama strategik, Kontrak Baik Pulih dan Penyelenggaraan (RMC).
Di bawah kontrak selama lima tahun itu yang tamat pada 2021, MTBM menyediakan kepakaran baik pulih kenderaan jenama MAN di empat cawangan MLSB iaitu Kuantan, Alor Setar, Kota Bahru dan Perlis serta pemindahan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
SYED HAMID: Tujuan myBAS ialah memberi kemudahan kepada rakyat di samping menghubungkan kawasan luar bandar dan bandar selain memenuhi tanggungjawab sosial ekonomi untuk masyarakat.
AWANI Tonight: Plane carrying injured Palestinians from Gaza land in M'sia
Two aircraft carrying 127 injured Palestinian civilians landed at the Royal Malaysia Air Force (RMAF) Subang Air Base after arriving from the Almaza Air Base in Egypt.
AWANI Tonight: SSPA: Rewards only to those who excel under new salary scheme
The new SSPA which will take effect in December will be performance based, ensuring only those who excel will be rewarded, says Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight: Five charged over ‘Friends’ actor Matthew Perry’s death
Five people, including two doctors, have been charged in connection with the death of actor Matthew Perry last year, following a probe that uncovered an underground network of drug suppliers distributing ketamine.
MAG mohon maaf atas kelewatan dan pembatalan penerbangan
Kesukaran operasi semasa antara lain berpunca daripada faktor cuaca, cabaran teknikal, tenaga kerja, dan kekangan rantaian bekalan.
SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Kilang perabot di Batu 10 musnah terbakar
Sebuah kilang perabot musnah sebahagian besar dalam kebakaran di Jalan Cheras Batu 10 1/2, pada Jumaat.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid yakin Orang Asli pilih calon BN
Ahmad Zahid melakukan pecutan akhir kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dengan mengunjungi kesemua lima pos Orang Asli di DUN ini.
Agensi Angkasa India berjaya lancarkan satelit pemerhatian bumi
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berjaya melancarkan penerbangan pembangunan ketiga dan terakhirnya, Small Satellite Launch Vehicle (SSLV)-D3.
Dialog Poket Rakyat: Reformasi Perkhidmatan Awam
Sejauh mana impak Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu meningkatkan prestasi penjawat awam, mereformasi kecekapan perkhidmatan, sekaligus memberi kesan positif kepada pembangunan sosio-ekonomi dan daya saing negara?
Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 8:30 malam ini.
Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 8:30 malam ini.
AWANI Ringkas: Laporan akhir nahas Elmina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan SBST ditambah baik dengan bas baharu, pembayaran tanpa tunai - Loke
Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) akan ditambah baik dengan penggantian bas baharu dan sistem pembayaran tanpa tunai.
Penggantian bas sekolah berusia ambil masa - Syed Hamid
Kerajaan memberi kelonggaran untuk bas sekolah diganti selepas 25 tahun bagi meringankan beban kewangan pengusahanya.