KUALA LUMPUR: Pengendali sistem pengangkutan awam sepatutnya mempunyai pakar mereka sendiri bagi menyelesaikan sebarang gangguan atau masalah teknikal pada sistem pengangkutan tersebut.
Pakar kejuruteraan pengangkutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Amiruddin Ismail berkata pengendali sistem pengangkutan awam khususnya yang telah lama beroperasi di negara ini, seharusnya sudah mempunyai pakar tempatan.
"Mungkin ini antara kerosakan yang besar, jadi kita perlukan khidmat pakar dari luar negara untuk membaikinya. Pakar yang ada di negara kita mungkin belum mencapai tahap diperlukan bagi kerosakan tersebut.
"Bagaimanapun, kita perlu pastikan bahawa negara kita mempunyai pakar tempatan untuk mengendalikan permasalahan seperti ini kerana kita mula menjalankan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) sejak 1998, lebih kurang 24 tahun lepas," katanya dalam program "Malaysia Petang Ini" terbitan Bernama TV semalam.
Perkhidmatan tren LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi semalam, selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah dilapor berkata isu utama pada Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) belum dikenal pasti dan berharap dengan bantuan pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada dan Dubai yang dijangka tiba esok, dapat membantu dalam proses baik pulih.
Amiruddin turut mengesyorkan supaya pihak terlibat lebih bersedia dalam aspek pengurusan perkhidmatan bagi memastikan pengguna terus menikmati perkhidmatan sekiranya berlaku gangguan atau masalah teknikal pada sistem.
"Kita perlu buat persediaan luar jangka seperti sistem bas yang banyak supaya pengguna boleh terus mendapatkan perkhidmatan tanpa gangguan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
!['Pengendali pengangkutan awam harus ada pakar sendiri' 'Pengendali pengangkutan awam harus ada pakar sendiri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652612842_badnaraya.jpg)
Perkhidmatan tren LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi semalam. - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
![Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714475112_MahfuzOmar.jpg)
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
![Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024 Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708151368_LRT.jpg)
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
![Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708146115_AnthonyLoke.jpg)
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
![Pengangkutan awam percuma kepada OKU Pengangkutan awam percuma kepada OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703132618_TBANTHONYLOKEjp.jpg)
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.
![Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702189773_TBLOKE.jpg)
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
![Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024 Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695809065_LRT.jpg)
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula pada 29 Feb 2024.
![Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695464265_RapidBus.jpg)
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
![Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694601082_fahmifadziltrenl.jpg)
Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia
Tren Cerita Malaysiaku dibalut khas dan dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya.
![Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668239182_LRTrapidKLRapid.jpg)
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.