Semua pengendali bas ekspres di Hentian Duta dan Pudu Sentral tetap perlu berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Salak Selatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata setakat ini belum ada tarikh khusus untuk perpindahan itu dan SPAD masih meneruskan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk mengambil kira pendapat awam.
"Tarikh pindah masih belum ditetapkan tetapi saya fikir kami tidak boleh tangguhkannya terlalu lama. Kami juga tidak mahu lakukannya tergesa-gesa. Ini hanya akan menyusahkan semua orang," katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD (SPAD ICOP) di sini, Selasa.
Syed Hamid berkata keadaan di TBS lebih sistematik dan selesa dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuk pengangkutan awam.
Perpindahan itu selain mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar, turut bertujuan mengekang kegiatan ulat tiket di dua hentian bas sedia ada, katanya.
Keputusan untuk memindahkan perkhidmatan bas di kedua-dua hentian tersebut sebelum ini mendapat reaksi pelbagai termasuk mendesak SPAD mengkaji semula perkara itu terutamanya daripada sudut pengguna.
Difahamkan kira-kira 1,000 perjalanan dari Hentian Duta menuju ke utara dengan purata 30,000 penumpang setiap hari.
Kempen SPAD ICOP diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap had laju kenderaan 90 km/j sebagai syarat lesen pengendali yang telah ditetapkan kepada bas dan kenderaan barangan.
Syed Hamid berkata lebih 3,000 pengendali telah menjalani latihan SPAD ICOP-Keselamatan yang diadakan sejak November 2012 hingga Oktober tahun lepas, merangkumi penerangan dan keperluan memasang Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS)
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebanyak 12,600 bas ekspres, lori dan teksi dikompaun dari Jun 2011 sehingga kini atas beberapa kesalahan termasuk memandu melebihi had laju.
Bernama
Tue Jan 21 2014
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar. --gambar fail
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pengendali bas ekspres di Hentian Duta, Pudu Sentral tetap pindah - Syed Hamid
Setakat ini belum ada tarikh khusus untuk perpindahan itu dan SPAD masih meneruskan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk mengambil kira pendapat awam.
Penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta menyusahkan, kata orang ramai
Di dalam survey yang dijalankan oleh Astro AWANI, sebanyak 75% orang ramai merasakan cadangan ini akan menyusahkan pengguna.
Poll: Adakah penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta wajar?
Adakah perpindahan dan penutupan Pudu Sentral dan Hentian Duta ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) wajar?