ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket mendalangi etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan mengemis di jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri-negeri lain.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pada masa ini polis sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan tersebut.
"Sindiket ada kemungkinan, saya tidak boleh nak ni (sahkan) lagi, mungkin selepas buat tangkapan ataupun siasatan nanti, kita cuba kumpulkan risikan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Pada majlis itu, Razarudin menyaksikan bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad.
Razarudin memberitahu, pihaknya telah mengarahkan ibu pejabat polis kontinjen dan daerah memantau secara lebih serius kegiatan mengemis dalam kalangan etnik Rohingya.
Jelasnya, kebanyakan kegiatan tersebut kebanyakannya dikesan lampu isyarat di jalan sesak di bandar-bandar besar.
Selain itu, tambahnya, polis juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas etnik Rohingya yang didapati mengemis di jalanan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil.
"Kita boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan mengganggu dan juga money orphan atas kesalahan kecil..undang-undang di Malaysia ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara Malaysia, ia juga tertakluk juga kepada sesiapa sahaja yang telah melakukan kesalahan jenayah kesalahan kecil tindakan akan diambil," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 06 2022
![Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641448997_RazarudinHusainAb.jpg)
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain(tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat (kiri) dengan Ketua Polis Kedah baharu, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad. - Foto Astro AWANI
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah, Allahyarham Meriam Ahmad, 74, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau kira-kira pukul 5.45 petang Khamis.
MOT sedia sokong pembinaan lapangan terbang di Gebeng
Kementerian Pengangkutan sedia menyokong rancangan Kerajaan Pahang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, kata Menterinya, Anthony Loke.
KDN lulus hampir 14,000 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan hampir 14,000 permohonan kewarganegaraan setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641448997_RazarudinHusainAb.jpg)
Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN
Polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket mendalangi etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan mengemis di jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri-negeri lain.