KUALA LUMPUR: Pengeluaran di bawah skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar yang menyokong penggunaan domestik.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata dari segi simpanan persaraan, bagaimanapun, penampan perlu diperkukuh dan dibina semula.
"Itu sebabnya pembaharuan pasaran buruh penting untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik supaya mereka boleh menyimpan lagi untuk meningkatkan penampan kewangan mereka dari segi simpanan persaraan," katanya dalam webinar anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.
Beliau berkata langkah pembaharuan dalam perlindungan sosial juga penting terutamanya berkaitan bahagian insurans sosial dan skim persaraan swasta berikutan ia dapat membantu mengukuhkan lagi faedah persaraan.
Mengenai impak daripada pengeluaran i-Sinar kepada pasaran kewangan, katanya fokus BNM adalah mengurangkan potensi impak daripada kemusnahan pasaran iaitu memastikan kecairan yang mencukupi dalam pesisir untuk menyokong kestabilan kewangan.
"Hutang dan kecairan pasaran kewangan dalam pesisir telah menjadi faktor penting untuk memastikan pelarasan telah dibuat secara meluas dan teratur, disokong oleh jumlah dagangan harian yang baik dari semasa ke semasa dalam pasaran forex dan bon," katanya.
Ketua Penyelidikan MIDF Imran Yusof berkata beliau turut berpandangan bahawa pengeluaran i-Sinar, terutamanya secara menyeluruh, sebagai positif kepada ekonomi sebenar.
Beliau berkata pengeluaran tersebut tidak akan memberi impak kepada kecairan KWSP yang disifatkannya sebagai antara peserta utama dalam pasaran ekuiti dan mempunyai kecairan yang mencukupi untuk menyokong pasaran.
"Ia (KWSP) juga mempunyai portfolio yang amat pelbagai dari segi pelaburan seperti pendapatan tetap, pasaran saham dan hartanah," katanya.
Beliau berkata pengeluaran i-Sinar secara menyeluruh juga telah memberi wang tambahan kepada mereka yang tidak benar-benar memerlukan bantuan.
"Satu perkara yang kami dapati pada tahun lepas apabila moratorium pinjaman menyeluruh diberikan adalah wang tambahan kepada mereka yang tidak benar-benar memerlukannya sama ada digunakan atau dilaburkan.
"Kami melihat penyertaan runcit dalam pasaran saham kembali rancak pada tahun lepas. Trend ini dilihat berterusan pada tahun ini setakat ini pada tahun ini, belian bersih daripada peruncit berjumlah kira-kira RM5 bilion," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan bagi Pendapatan Tetap Amundi Malaysia Eridani Tutiana Jusat berkata walaupun impak daripada pengeluaran i-Sinar positif kepada ekonomi tempatan, beliau terus berhati-hati dengan impaknya kepada pasaran bon domestik.
"Kami agak berhati-hati kerana KWSP adalah pelabur yang besar dalam bon kerajaan Malaysia. Jika terdapat sokongan yang berkurangan daripada KWSP dalam pasaran bon, ini akan mempengaruhi pasaran," katanya.
Sehingga 14 Mac, sejumlah RM52.48 bilion melibatkan 5.94 juta pemohon untuk skim i-Sinar telah diluluskan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata dari segi simpanan persaraan, bagaimanapun, penampan perlu diperkukuh dan dibina semula.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Selepas NUBE, NUDIW pula gesa kerajaan kembalikan wang caruman KWSP B40, M40
Zukfakar berkata kesan membenarkan pengeluaran itu menyaksikan sebahagian besar pencarum kini berada dalam kitaran kemiskinan.
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.
Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar
"Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi."
Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan - Sumber
Perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk KWSP menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.