PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula esok hingga 31 Dis 2022.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan keputusan itu adalah atas keprihatinan kerajaan terhadap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang masih terkesan susulan impak pandemik COVID-19.
"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada bantuan sokongan daripada kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan dan membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan wabak COVID-19," menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.
Menurut MOTAC, pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 31 Dis 2021 melibatkan 3,419 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM5.676 juta.
"Dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, MOTAC telah memberi pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Jan hingga 30 Jun 2021, seterusnya dari 1 Julai hingga 31 Dis 2021 dan kemudian dilanjutkan dari 1 Jan lepas hingga 30 Jun ini.
MOTAC adalah agensi kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Peraturan-Peraturan mempunyai bidang kuasa menguatkuasakan akta itu bagi melesenkan pengusaha pelancongan di bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula esok hingga 31 Dis 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Pengecualian fi pembaharuan lesen pengusaha, pemandu pelancong dilanjutkan
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong.
MOTAC laksana beberapa inisiatif bantu industri pelancongan
Pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Julai hingga 31 Dis dilanjutkan.