KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary dibuat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili bekas Menteri Kewangan Lim Guang Eng berkata merujuk kepada surat yang ditandatangani Pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada 5 Feb 2021, perkataan 'baru-baru ini' dalam surat tersebut membawa maksud perkara pembatalan atau pembatalan status pengecualian cukai itu berlaku 'baru-baru ini'.
"Sebelum defendan (Muhyiddin) menyiarkan tiga kenyataan berunsur fitnah itu, defendan tahu mengenai kandungan sebenar surat dikeluarkan Tan Sri Syed Mokhtar bertarikh 5 Feb 2021," katanya.
Guok berkata demikian dalam pernyataan pembukaan pada hari pertama perbicaraan kes saman difailkan Lim terhadap Muhyiddin, berhubung pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan Al-Bukhary.
Beliau berkata surat daripada Syed Mokhtar tidak langsung menyatakan bahawa plaintif (Lim) atau Kerajaan Pakatan Harapan (yang jatuh pada penghujung Februari 2020) sebagai orang yang bertanggungjawab dengan pembatalan tersebut.
"Dalam mana-mana keadaan, tiada satu bukti atau dokumen pun yang boleh membuktikan plaintif yang menyebabkan pengecualian cukai diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary dibatalkan.
"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat kenyataan pada 21 Mac 2023 di Parlimen, yang membongkar dan mendedahkan kenyataan fitnah defendan yang palsu. Anwar menjelaskan kepada Parlimen bahawa plaintif tidak pernah membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary," kata peguam itu.
Sementara itu, Guok berkata keterangan yang akan diberikan di mahkamah dengan jelas akan menunjukkan bahawa pembelaan difailkan defendan semuanya penuh dengan pembohongan, tidak berasas, tidak disokong dan pembelaan oleh Muhyiddin adalah pembelaan palsu.
"Oleh kerana defendan tahu atau sepatutnya mengetahui kandungan surat dikeluarkan Tan Sri Syed Mokhtar kepada defendan, satu-satunya penjelasan mengapa defendan terus mengeluarkan kenyataan fitnah secara terang-terangan dengan menyerang plaintif adalah demi survival politik defendan. Ini penting bagi defendan kerana defendan ketika itu berhadapan kemungkinan didakwa di mahkamah," katanya.
Lim dijadualkan untuk memberikan keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, pada sesi sebelah petang.
Pada 27 Mac 2023, Lim memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook membabitkan Lim berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023. Laporan itu kemudian diterbitkan beberapa akhbar dan portal berita.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu juga bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Pada 27 Mac 2023, Lim memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook membabitkan Lim berhubung isu pengecualian cukai. - Gambar fail
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary dibatalkan ketika Muhyiddin jadi PM - Peguam
Isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary dibuat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Skop pengecualian cukai perkhidmatan sektor logistik diperluas untuk kurangkan kesan cukai berganda
Kerajaan hari ini bersetuju supaya skop pengecualian cukai perkhidmatan antara perniagaan (B2B) perkhidmatan logistik diperluaskan.
Kelulusan segera bagi penjawat awam pindah kenderaan dari Langkawi, Labuan
Dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.
Tiada lagi pelepasan cukai untuk pencarum SSPN tahun ini
Bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.
Isu batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Guan Eng tuntut Muhyiddin mohon maaf
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
e-Sukan: Kertas cadangan pengecualian cukai pendapatan wang kemenangan hampir siap - KBS
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.
Prospek sektor automotif lebih cerah jika pengecualian cukai dilanjutkan lagi
Pengecualian cukai itu akan berakhir 30 Jun 2022 setelah beberapa kali dilanjutkan sejak diperkenalkan pada 2020.