Pengawasan elektronik oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia adalah sah di sisi undang-undang namun tertakluk kepada perlindungan yang mencukupi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Beliau berkata undang-undang Malaysia berhubung pengawasan elektronik selaras dengan piawaian antarabangsa dan agensi penguatkuasaan undang-undang tidak memulakan pengawasan elektronik mengikut kehendak mereka.
"Terdapat parameter yang diperuntukkan bagi pengawasan elektronik dalam undang-undang serta perlindungan yang mencukupi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan pengawasan ini.
"Agensi mesti terlebih dahulu membentangkan kes mereka kepada pendakwa raya. Sekiranya pendakwa raya yakin bahawa sesuatu pengawasan itu benar-benar diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu kesalahan jenayah, maka hanya dia boleh menghendakkan pengawasan tersebut dijalankan. Tidak ada sesiapa yang lain," katanya dalam kenyataan Ahad malam.
Kenyataan ini susulan pertanyaan berhubung sama ada pengawasan elektronik di negara ini sah di sisi undang-undang, pada majlis sumbangan Tahun Baharu Cina 2020 kepada warga emas dan sumbangan 'kepala singa' kepada persatuan dan kelab di Batu Sapi pada Ahad.
Liew berkata Parlimen telah meluluskan beberapa peruntukan undang-undang bagi membenarkan pengawasan elektronik dengan Seksyen 116C Kanun Tatacara Jenayah sebagai peruntukan am.
"Pengawasan elektronik merupakan satu langkah yang dipraktikkan oleh hampir setiap negara bagi memastikan keselamatan rakyat mereka," katanya.
Berkenaan beberapa kebimbangan hak asasi manusia melibatkan hak privasi, Liew menjelaskan ia merupakan satu hak yang penting tanpa keraguan, tetapi tiada hak asasi manusia yang mutlak.
"Sentiasa wujudnya beberapa pengecualian bagi mengimbangkan antara kepentingan individu dan negara yang kadang kala bercanggah. Salah satu pengecualian dalam kes ini ialah pengawasan elektronik yang diperlukan untuk melindungi keselamatan negara dan memerangi jenayah yang semakin kompleks pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
LIEW VUI KEONG: Pengawasan elektronik merupakan satu langkah yang dipraktikkan oleh hampir setiap negara bagi memastikan keselamatan rakyat mereka. - Gambar fail
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Permohonan reman: SPRM boleh guna Seksyen 117 KTJ
SPRM berpuas hati dengan penjelasan teliti Mahkamah Tinggi Johor Bahru berhubung pemakaian Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), bagi permohonan reman.
Rayuan SPRM terhadap keputusan guna akta sendiri untuk reman suspek didengar 20 Julai
Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes rayuan itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli pada Isnin.
Kenyataan Sanusi: PDRM terima laporan, buka kertas siasatan
PDRM mengesahkan menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.
Dua saksi kes rogol babitkan ADUN Tronoh akan beri keterangan secara tertutup
Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong, akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh secara tertutup.
LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam
Beliau, bagaimanapun, meyakini bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.
Penggal kepala, kerat badan bapa, suspek direman tujuh hari
Anak lelaki yang juga suspek utama kes bunuh seorang warga emas di Kampung Kanthan Baru, Chemor semalam direman tujuh hari bermula hari ini.