Seorang pengawal keselamatan wanita maut dihempap pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong di sini pada pukul 3.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa Junatin Empaga, 47, sedang menolak pintu pagar besi setinggi 183 cm (enam kaki) dan sepanjang 762cm (25 kaki) untuk menutupnya.
"Tiba-tiba salah satu roda pagar terlepas (dari landasan) menyebabkan pagar tumbang dan terus menghempap mangsa," katanya ketika dihubungi pada malam Ahad.
Stanley berkata, ambulan dari Hospital Miri telah dipanggil untuk memberi rawatan segera namun mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Beliau berkata, kejadian tersebut dilaporkan oleh suami mangsa, juga pengawal keselamatan di tempat yang sama dengan menghubungi polis.
"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat," katanya.
Bernama
Mon Jul 18 2016
Mangsa Junatin Empaga, 47, sedang menolak pintu pagar besi setinggi 183 cm (enam kaki) dan sepanjang 762cm (25 kaki) untuk menutupnya. - Gambar fail
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Tiada perjumpaan bersama KP SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Nov ini.
Diplomasi ASEAN mampu bawa implikasi positif
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, boleh menggunakan peluang untuk melihat sejauh mana diplomasi ASEAN mampu meredakan ketegangan antara AS dan China.
Pengawal keselamatan maut dihempap pagar sekolah
Seorang pengawal keselamatan wanita maut dihempap pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong di sini pada pukul 3.30 petang semalam.