KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hairol Ahmad, 41, selepas dia mengaku bersalah terhadap ketiga-ketiga pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut ketiga-ketiga pertuduhan, Mohd Hairol didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Mohammad Khairolmanshur' antara 10.51 pagi dan 11.01 pagi, 24 Ogos lepas.
Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Menara KPJ di sini, kira-kira 6.13 petang pada hari sama.
Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Terdahulu, Mohd Hairol yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadapnya kerana telah menyesali perbuatannya itu.
"Puan Arif tolong maafkan saya, saya bertindak ikut emosi dan bodoh semasa berada di rumah hingga memuat naik status jelik tanpa sedar kesan serta betapa serius kesalahan ini.
"Saya merupakan penanggung utama keluarga dan saya sendiri akan membawa emak saya ke hospital untuk menjalani pembedahan hempedu pada Jumaat ini," katanya yang menangis teresak-esak.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling mencadangkan hukuman pemenjaraan dan denda yang berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius selain ia sebagai iktibar kepada masyarakat. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Seorang pengawal keselamatan didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.
Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan dibebaskan
Dua pengawal keselamatan yang ditahan sebelum ini bagi siasatan lanjut berkaitan kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dekat Ampang Point dibebaskan pada Sabtu.
Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya kira-kira jam 10 malam.
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan
Polis berkata kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang di Sik
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi ibunya yang sakit.
Suami rayu kesan isteri hilang lebih sebulan
Muhammad Noor bimbang selepas isterinya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengutip besi lusuh.
Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di Sabak Bernam.