JOHOR BAHRU: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon bulan lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu membuat laporan polis semalam, mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari sebuah kontinjen di utara tanah air.
"Individu itu memaklumkan kepada mangsa kononnya telah menemukan kad mesin juruwang automatik (ATM) atas namanya dalam satu serbuan yang dijalankan serta mendakwa dia terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain mendakwa dirinya 'Inspektor Lee Kha Seng' dan menawarkan bantuan dengan cara memindahkan wang milik mangsa ke akaun bank yang diarahkan bagi mengelakkan wangnya disita, sementara siasatan dijalankan.
"Mangsa berasa percaya dengan panggilan tersebut kerana nama dan nombor kad pengenalan yang dibacakan oleh 'Inspektor Lee' adalah benar, selain dia turut menerima surat dengan kepala surat mahkamah menyatakan akan mengambil tindakan penyiasatan, penangkapan dan pembekuan aset, melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa kemudiannya telah mengikut arahan diberikan dengan membuat pindahan wang ke akaun bank seperti diarahkan berjumlah RM520,000," katanya.
Bagaimanapun, Kumar berkata mangsa menyedari telah ditipu setelah dia terus didesak untuk melakukan pindahan wang lagi, sebelum membuat laporan polis.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Menurut M Kumar, mangsa mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari sebuah kontinjen di utara tanah air. - Gambar fail/Bernama

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Pengarah urusan rugi RM520,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pengarah urusan mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon.