SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menawar dan memberikan suapan kepada seorang pegawai kanan polis supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memiliki minyak diesel bersubsidi tanpa lesen, minggu lepas.
Mengikut pertuduhan pertama, Keh Teck Chuan, 53, didakwa secara rasuah menawarkan satu suapan berjumlah RM50,000 kepada seorang lelaki yang merupakan pegawai kanan polis berusia 39 tahun yang bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu juga didakwa memberikan suapan berjumlah RM50,550 kepada pegawai polis sama.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah gudang di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, dekat sini pada 11 malam dan 11.10 malam, 1 Feb lepas sebagai dorongan untuk pegawai polis berkenaan tidak mengambil tindakan atas kesalahan Keh memiliki minyak subsidi tanpa lesen itu.
Keh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Sabit kesalahan, Keh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan bersama penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.
Peguam Regine Sin Yoke Gen yang mewakili Keh memohon jaminan anak guamnya dikurangkan antara RM30,000 dan RM40,000 kerana lelaki itu terpaksa menanggung kos rawatan ibunya berusia 88 tahun di hospital.
Hakim Norazlin Othman membenarkan jaminan keseluruhan RM40,000 bersama penjamin dan perlu melaporkan diri minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM Selangor.
Sebutan semula kes pada 9 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Sabit kesalahan, Keh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. - Foto SPRM
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
Pengarah syarikat pembinaan didakwa sogok pegawai polis lebih RM50,000
Seorang pengarah syarikat pembinaan didakwa atas dua pertuduhan menawar dan memberikan suapan kepada seorang pegawai kanan polis.